Penyiasatan Benang Berdarah (A Study in Scarlet) merupakan buku pertama yang memperkenalkan watak Sherlock Holmes dan Dr. Watson kepada dunia, yang ditulis oleh Sir Arthur Conan Doyle.
Misteri kematian seorang lelaki dengan wajah yang berkerut pelik telah membawa Sherlock Holmes dan Dr. Watson ke selatan London. Mayat lelaki itu ditemui di dalam sebuah rumah tinggal. Tiada tanda-tanda lelaki itu dikasari, namun pada dinding berdekatan mayat itu terdapat tulisan berdarah yang misteri.
Kes pembunuhan yang disangka mudah oleh pihak polis, rupanya mempunyai perkembangan yang tidak dijangka; tentang dendam berpuluh tahun yang dibawa dari Amerika.
Saksikan kebijaksanaan Sherlock Holmes dan Dr. Watson menyelesaikan misteri ini dan mencari pembunuhnya.
4 PEMBURU HARTA
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(2)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Selepas kehilangan bapanya secara misteri, seorang wanita muda, Mary Morstan saban tahun menerima sebutir mutiara yang berkilauan daripada seorang yang tidak diketahui. Pada suatu hari, orang tersebut menjemputnya untuk bertemu, dan mengatakan wanita muda itu telah dianiaya.
Sherlock Holmes dan Dr. Watson menemani Mary Morstan bertemu dengan pengirim misteri tersebut. Sebelum kisah sebenar tentang mutiara-mutiara yang diterima wanita muda itu terungkai, mereka berhadapan dengan satu kes pembunuhan pelik, di mana seorang lelaki ditemui kejang, mati dibunuh di dalam bilik berkunci dengan mesej yang bertulis ‘Sumpah Empat Sahabat’.
Sherlock Holmes dan Dr. Watson mula melakukan siasatan. Tanpa diduga, kisah mutiara mewah yang misteri itu membuka lembaran dendam yang jauh dibawa dari kepulauan Andaman, ketika perang pemberontakan di India. Kisah tentang harta berdarah dan nyawa-nyawa yang melayang kerananya!
SKANDAL DI BOHEMIA, LIGA KEPALA MERAH & MISTERI IDENTITI
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(3)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Skandal di Bohemia
Sherlock Holmes dan Dr. Watson menerima kunjungan daripada seorang lelaki bertopeng yang mahukan kembali gambarnya bersama seorang penyanyi opera yang jelita bernama Irene Adler kerana khuatirkan ugutan wanita itu. Daripada kes yang dianggap mudah, Sherlock Holmes tidak menyangka dia akan dikalahkan oleh seorang wanita!
Liga Kepala Merah
Jabez Wilson yang berambut merah menyala datang meminta bantuan Sherlock Holmes untuk menyiasat tentang pertubuhan Liga Kepala Merah yang baru disertainya. Liga itu mengambilnya bekerja semata-mata kerana rambutnya yang merah, dan kemudian tiba-tiba liga itu dibubarkan begitu sahaja. Biarpun kesnya kedengaran lucu, tetapi Sherlock Holmes dapat mencium satu jenayah besar akan berlaku.
Misteri Identiti
Tanpa pengetahuan bapanya, Mary Sutherland telah bertunangan dengan seorang lelaki misteri bernama Hosmer Angel. Pada pagi sebelum berlangsungnya perkahwinan, Hosmer meminta kesetiaan Mary supaya terus tetap bersamanya biar apa pun yang berlaku. Dalam perjalanan ke gereja untuk upacara perkahwinan, Hosmer Angel didapati hilang. Kereta kuda yang dinaikinya kosong, sedangkan semua mata melihatnya menaiki kereta kuda itu. Mary menemui Sherlock Holmes, tetapi detektif itu cuma ketawa dan mengatakan Hosmer Angel tidak akan dijumpai lagi. Apakah lelaki itu telah diculik?
MISTERI LEMBAH BOSCOMBE, LIMA BUTIR BIJI OREN & LELAKI BERMULUT HEROT
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(4)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Misteri Lembah Boscombe
Holmes dan Watson bertolak ke Boscombe untuk membantu Lestrade dalam kes pembunuhan Charles McCarthy. Semua testimoni mensabitkan kesalahan ke atas anaknya, James McCarthy. Bagaimanapun tunang James, iaitu Cik Turner yakin dia tidak bersalah. Lebih merumitkan keadaan, James pula mengaku bersalah. Sherlock Holmes menyedari ada sejarah terpendam antara keluarga Turner dan McCarthy.
Lima Butir Biji Oren
Bapa saudara John Openshaw, iaitu Kolonel Elias ditemui mati beberapa ketika selepas menerima sepucuk surat yang mengandungi lima butir biji oren kering dan tertulis K. K. K. pada sampulnya. Beberapa tahun kemudian, ayah John, iaitu Joseph pula menemui maut selepas menerima surat yang sama. Kini, surat yang serupa sampai ke tangan John. Dia segera datang menemui Sherlock Holmes untuk meminta pertolongan. Selepas banyak kes yang berjaya diselesaikannya, dapatkah Holmes menyelamatkan nyawa John kali ini?
Lelaki Bermulut Herot
Neville St. Clair, seorang usahawan yang berjaya telah hilang dan isterinya mendakwa kali terakhir dia melihat suaminya itu adalah di tepi tingkap sebuah sarang penagihan candu dalam kota London. Isterinya terus berkejar naik ke tempat itu tetapi dia hanya menemui seorang peminta sedekah yang tempang, yang menafikan tentang kewujudan orang lain di dalam bilik tersebut. Neville disyaki telah dibunuh, dan polis telah menangkap pengemis itu. Namun, beberapa hari kemudian, isteri Neville menerima surat daripada suaminya. Sherlock Holmes menyiasat sama ada Neville masih hidup atau surat itu cuma satu permainan pemilik sarang penagihan candu tersebut.
MISTERI DELIMA BIRU, MISTERI PITA BERBINTIK & MISTERI IBU JARI JURUTERA
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(5)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Misteri Delima Biru
Sherlock Holmes dan Watson menyiasat tentang penemuan sebutir delima berwarna biru di dalam tembolok seekor angsa pada Hari Krismas. Sherlock Holmes menyedari delima tersebut merupakan milik seorang countess dan delima itu telah dicuri beberapa hari lalu. Mereka berdua mula menjejak pemilik angsa itu dan melalui pelbagai situasi menarik.
Misteri Pita Berbintik
Sherlock Holmes dan Watson dikunjungi seorang gadis yang dalam ketakutan, bernama Helen Stoner. Cik Helen mempunyai seorang kakak kembar yang telah meninggal dua tahun lepas semasa hampir majlis perkahwinannya. Caranya meninggal amat mengejutkan, dia seperti dalam ketakutan dan kata-kata terakhirnya adalah supaya berwaspada dengan ‘pita berbintik’. Kini Helen Stoner pula hampir berkahwin dan dia amat takut sekiranya perkara yang menimpa kakaknya akan menimpa dirinya pula. Sherlock Holmes dan Dr. Watson segera pergi ke rumah gadis itu untuk menyiasat.
Misteri Ibu Jari Jurutera
Dr. Watson didatangi Victor Hatherley yang kehilangan ibu jari tangannya. Watson membawanya bertemu Sherlock Holmes dan Tuan Hatherley mula menceritakan kisahnya. Dia diupah membaiki sebuah jentera hidraulik dengan bayaran sangat lumayan. Ketika membuat pemeriksaan ke atas mesin hidraulik itu, tiba-tiba mesin itu berfungsi dan dia nyaris nahas. Kemudian baru dia sedar sebenarnya dia sedang diserang dan orang itu berniat membunuhnya.
PILU SEORANG BANGSAWAN, MISTERI MAHKOTA PERMATA BERIL & MISTERI DI COPPER BEECHES
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(6)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Pilu Seorang Bangsawan
Sherlock Holmes dan Dr. Watson diminta oleh seorang lelaki bangsawan untuk mencari isterinya yang hilang selepas majlis perkahwinan mereka. Mereka menjumpai gaun pengantin wanita itu terapung di dalam tasik. Polis Scotland Yard mengatakan wanita itu telah mati lemas, namun Sherlock Holmes merasakan sebaliknya dan terus menyiasat ke mana perginya wanita itu.
Misteri Mahkota Permata Beril
Sherlock Holmes dan Dr. Watson membantu seorang pegawai bank yang kehilangan tiga butir permata pada sebuah mahkota kecil yang amat berharga di bawah jagaannya. Lebih menyulitkan, dia mengesyaki anaknya yang bertanggungjawab mencuri permata itu kerana dia berjaya menangkap anaknya itu cuba merosakkan mahkota itu. Sherlock Holmes cuba membuktikan anaknya itu tidak bersalah.
Misteri di Copper Beeches
Sherlock Holmes dan Dr. Watson didatangi oleh seorang wanita muda bernama Violet Hunter, yang merasakan dirinya seperti dipaksa untuk menyamar sebagai seorang yang lain setelah bekerja sebagai pengasuh di sebuah rumah di Copper Beeches.
Kuda lumba yang terkenal, Silver Blaze telah hilang sebelum perlumbaan penting dan pelatihnya ditemui mati dibunuh. Sherlock Holmes dan Dr. Watson menerima telegram daripada pemilik kuda tersebut, Kolonel Ross untuk menyiasat kes ini. Dapatkah Sherlock Holmes dan Dr. Watson menjumpai semula Silver Blaze sebelum bermulanya perlumbaan? Dan siapa yang membunuh pelatihnya?
Wajah Kuning
Sherlock Holmes dan Dr. Watson dikunjungi lelaki yang digelar Holmes sebagai Munro berdasarkan topi yang dipakainya. Munro mengadu bahawa dia ditipu isterinya. Isterinya itu pernah berkahwin di Amerika sebelum berpindah ke England kerana keluarga terdahulunya telah meninggal dunia akibat demam kuning. Perkahwinan mereka cukup bahagia, sehinggalah pada suatu hari isterinya meminta wang sebanyak 100 pounds dan Munro ternampak orang berwajah kuning di sebelah rumahnya.
Kerani Broker Saham
Seorang kerani muda, Hall Pycroft meminta nasihat Holmes atas perasaan curiganya terhadap sebuah syarikat yang menawarkannya gaji yang terlalu besar. Atas sebab itu, Holmes, Watson, dan Pycroft pergi ke tempat di mana syarikat yang menawarkan kerja itu beroperasi. Semasa mereka tiba di pejabat yang dimaksudkan, pegawai yang ada di pejabat itu cuba membunuh diri setelah melihat mereka. Apa yang membuatkan dia bertindak hingga sebegitu?
‘Gloria Scott’
Ini merupakan kes pertama yang Sherlock Holmes tangani dalam hidupnya. Ketika ini dia masih seorang pelajar kolej. Semasa cuti, Holmes tinggal di rumah sahabatnya, Victor Trevor. Holmes telah melakukan kesilapan dengan membuat kesimpulan yang tepat ke atas ayah Victor, dan menyebabkan lelaki itu diserang gemuruh dan pengsan di meja makan. Holmes menyedari ayah Trevor mempunyai sejarah silam yang hitam, dan seseorang dari masa silam itu kini datang menghantuinya semula.
RITUAL KELUARGA MUSGRAVE, TEKA-TEKI REIGATE, LELAKI BERBADAN BONGKOK & PESAKIT JALAN BROOK
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(8)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Ritual Keluarga Musgrave
Dua orang pembantu rumah keluarga Musgrave, Brunton dan Rachel Howells didapati hilang. Brunton hilang selepas dipecat kerana menyelongkar dokumen-dokumen keluarga Musgrave. Rachel Howells pula hilang tidak lama selepas itu. Musgrave menceritakan tentang ritual keluarganya kepada Sherlock Holmes, iaitu serangkap gurindam pelik yang berasal dari kurun ke-17. Holmes merasakan kehilangan dua orang pembantu rumah itu ada kena-mengena dengan ritual tersebut.
Teka-Teki Reigate
Dr. Watson membawa Sherlock Holmes berehat di Reigate setelah sahabatnya itu jatuh sakit. Ketika berada di sana, rumah seorang jutawan di kejiranan itu telah dirompak. Namun, barang-barang yang hilang cuma beberapa buah buku, satu gelendung benang dan beberapa barang kecil yang lain. Watson melarang Holmes menyiasat kerana tidak mahu sahabatnya itu jatuh sakit semula. Beberapa malam berikutnya, sebuah rumah lagi telah dirompak dan seorang pekerja di kediaman itu telah ditembak. Pada tangan mangsa terdapat cebisan kertas tertulis waktu dia terbunuh. Watson tidak lagi dapat menahan Holmes daripada melakukan siasatan.
Lelaki Berbadan Bongkok
Nancy Barclay dituduh membunuh suaminya selepas berlaku satu pertengkaran. Namun pada Sherlock Holmes, ada sesuatu yang mencurigakan di mana kunci pintu bilik itu telah hilang dan terdapat kesan tapak kaki binatang aneh di dalam bilik itu. Bagaimanapun, pihak polis tidak menganggapnya sebagai faktor penting dalam kes ini. Bagaimana Sherlock Holmes membuktikan teorinya kepada pihak polis?
Pesakit Jalan Brook
Dr. Percy Trevelyen meminta bantuan Sherlock Holmes apabila majikannya, iaitu Tuan Blessington mula bersikap pelik. Ini bermula apabila Tuan Blessington terbaca di surat khabar tentang kes kecurian di kawasan berdekatan. Dia telah memasang palang besi di semua tingkap rumahnya dan sentiasa kelihatan cemas. Sherlock Holmes tertarik dengan kes ini, dan mendapati Tuan Blessington menyimpan rahsia besar. Kejadian berikutnya memaksanya menyiasat satu kes pembunuhan.
JURUBAHASA YUNANI, PERJANJIAN PERKAPALAN & MASALAH TERAKHIR
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(9)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Jurubahasa Yunani
Dr. Watson terkejut apabila mendapat tahu sahabatnya, Sherlock Holmes mempunyai abang, Mycroft. Mycroft membawa mereka berjumpa dengan Tuan Melas, seorang berbangsa Yunani yang telah dibawa ke satu rumah secara rahsia dan dipaksa menjadi jurubahasa kepada seorang lelaki yang kelihatan seperti ditawan dan didera. Sherlock, Watson dan Mycroft perlu segera bertindak apabila Melas diculik sekali lagi, kerana kali ini pasti ada nyawa yang akan melayang!
Perjanjian Perkapalan
Satu perjanjian antarabangsa penting telah dicuri dari atas meja pejabat Tuan Percy Phelps, yang merupakan rakan lama Watson. Kerana berasa tertekan, Tuan Phelps telah diserang radang otak dan terlantar sakit selama sembilan minggu. Apabila semakin pulih, dia meminta Watson menemukannya dengan Sherlock Holmes dan merayunya mencari perjanjian itu. Tuan Phelps bimbang hubungan antara England dan Perancis mungkin bergolak jika perjanjian itu jatuh ke tangan yang salah.
Masalah Terakhir
Sherlock Holmes tiba di rumah Watson pada suatu hari dengan keadaan tidak bermaya dan pucat. Watson terkejut apabila Holmes menceritakan dia baru sahaja terlepas daripada tiga kali percubaan untuk membunuhnya. Semuanya bermula selepas Profesor Moriarty datang mengunjunginya di rumah dan memberi amaran supaya Holmes berhenti mengganggu urusannya. Namun, Sherlock Holmes tetap berkeras dan bermulalah permainan maut antara mereka berdua. Holmes telah mengajak Watson mengikutnya ke Eropah sementara menunggu rancangannya memerangkap Profesor Moriarty membuahkan hasil. Namun, orang yang dianggap Sherlock Holmes sebagai saingannya itu bukan mudah ditundukkan. Adakah Sherlock Holmes akan selamat? Atau ini adalah kisah terakhirnya?
THE HOUND OF THE BASKERVILLES
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(10)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Dr. Mortimer menemui Sherlock Holmes, meminta bantuan penyiasat terkenal itu untuk melindungi waris terakhir keluarga bangsawan Baskervilles, iaitu Sir Henry Baskerville, daripada ancaman maut anjing puaka yang menghantui keluarga itu selama beratus tahun. Anjing puaka itu, yang menurut penduduk desa bersaiz amat besar daripada anjing pemburu biasa, dengan mata dan mulutnya yang memancarkan api telah menyebabkan kematian Sir Charles Baskerville, bapa saudara Sir Henry tidak berapa lama sebelum itu.
Sherlock Holmes meminta Dr. Watson mengiringi Sir Henry dan Dr. Mortimer pulang ke kawasan mur di Devonshire, di mana terletaknya Rumah Besar Baskerville, sementara dia sendiri sedang menyiasat satu kes di Baker Street. Dr. Watson mendapati kawasan mur itu amat menyeramkan, dan beberapa kali telah mendengar bunyi aneh yang menakutkan. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang misteri, bersembunyi di kawasan paya berbatu yang sunyi itu, sentiasa mengintai ke arah Rumah Besar Baskerville. Mungkinkah kes ini melibatkan makhluk ghaib? Mungkinkah benar ada anjing dari neraka mendiami kawasan mur itu dan memburu ahli keluarga Baskerville?
PERANGKAP RUMAH KOSONG, JURUBINA DARI NORWOOD & RAHSIA ORANG MENARI
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(11)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Perangkap Rumah Kosong
Dr. Wilson masih lagi bersedih dengan kematian Sherlock Holmes walaupun sudah tiga tahun kejadian di Reichenbach Falls itu berlaku. Semasa sedang menyiasat satu kes, Watson bertembung dengan seorang tua pelik pengumpul buku-buku lama di satu jalan. Lebih mengejutkan, lelaki tua itu datang mencarinya di rumah. Apakah kaitan lelaki tua itu dengan Sherlock Holmes? Apakah nyawa Dr. Watson kini terancam?
Jurubina dari Norwood
Sherlock Holmes dan Dr. Watson dikunjungi seorang peguam muda, John Hector McFarlane yang dalam keadaan cemas kerana dituduh membunuh kliennya, Jonas Oldacre. Dia adalah orang terakhir yang dilihat berada bersama Jonas Oldacre, dan segala bukti yang ada menunjukkan dia adalah pembunuhnya. Lestrade sudah bersedia menangkapnya. Bagaimanapun, Sherlock Holmes dapat menghidu sesuatu yang pelik tentang kes itu. Benarkah John Hector McFarlane adalah seorang pembunuh?
Rahsia Orang Menari
Hilton Cubitt datang ke Baker Street dan menunjukkan sekeping kertas yang terlukis beberapa orang lidi. Cubitt menerangkan yang dia baru berkahwin dengan seorang perempuan Amerika bernama Elsie Patrick. Rumah tangga mereka aman bahagia sehinggalah kertas-kertas yang mengandungi lukisan orang lidi itu tiba ke rumah mereka. Sherlock Holmes meneliti lukisan yang seperti hasil kerja tangan kanak-kanak itu dan merasakan ada sesuatu yang jahat terpendam di dalamnya. Dapatkah Sherlock Holmes dan Dr. Watson menyelesaikan misteri ini?
PENUNGGANG BASIKAL SOLO, MISTERI KEHILANGAN DI SEKOLAH PRIORY & MISTERI KEMATIAN BLACK PETER
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(12)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Penunggang Basikal Solo
Cik Violet Smith datang ke Baker Street untuk meminta nasihat kerana merasakan dia diekori oleh seorang lelaki semasa menunggang basikal ke rumah majikannya. Lelaki itu menunggang basikal tidak jauh di belakangnya dan mengikuti setiap gerakannya. Cik Violet Smith pernah cuba memerangkap lelaki itu, bagaimanapun tidak berjaya kerana lelaki itu tiba-tiba hilang begitu sahaja. Dr Watson berpendapat yang ini cuma sebuah kes remeh yang pelik, bagaimanapun Sherlock Holmes merasakan ada bahaya yang sedang mengintai wanita muda itu.
Misteri kehilangan di Sekolah Priory
Sherlock Holmes dan Dr Watson dikunjungi seorang pengetua sekolah persiapan persendirian yang bingung kerana pelajarnya, seorang anak bekas menteri yang berpengaruh tiba-tiba hilang dari sekolah. Lebih merumitkan keadaan, seorang daripada guru di sekolah itu yang mengajar bahasa Jerman turut hilang. Pengetua sekolah tersebut mengesyaki pelajarnya itu melarikan diri untuk berjumpa dengan ibunya yang baru berpisah dengan ayahnya. Bagaimanapun, daripada kesan tayar basikal dan tapak kaki lembu yang dijumpai, Sherlock Holmes berasa khuatir bahawa kes ini adalah lebih rumit daripada itu.
Misteri Kematian Black Peter
Seorang inspektor polis muda bernama Stanley Hopkins yang mengidolakan Sherlock Holmes datang meminta bantuan penyiasat tersohor itu atas sebuah kes yang pelik. Captain Peter Carey atau dikenali sebagai Black Peter telah dijumpai mati ditikam dengan serampang dan mayatnya tercacak pada dinding. Sherlock Holmes membuat uji kajinya sendiri, dan mendapati bukan mudah untuk menjadikan mayat dalam keadaan begitu. Sherlock Holmes dan Dr Watson telah pergi ke lokasi berlakunya jenayah dan mendapati kunci bilik Black Peter yang keadaannya seperti kabin telah dirosakkan. Sherlock Holmes yakin orang yang cuba menceroboh itu akan masuk kembali. Berjayakah mereka memerangkap pembunuh Black Peter?
SI JAHAT CHARLES AUGUSTUS MILVERTON, MISTERI ENAM NAPOLEON, TIGA PELAJAR YANG DISYAKI & MISTERI KACA MATA KEEMASAN
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(13)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Si Jahat Charles Augustus Milverton
Sherlock Holmes diupah oleh Lady Eva Blackwell untuk mendapatkan semula surat-suratnya daripada Charles Milverton, seorang pemeras ugut yang disifatkan Holmes sebagai orang paling keji di London. Bagaimanapun, urusan tawar-menawar antara mereka tidak berjaya, membuatkan Sherlock Holmes mengambil langkah drastik yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Sanggupkah Sherlock Holmes menjadi penjenayah, semata-mata untuk mematahkan Charles Augustus Milverton, lelaki yang telah banyak memusnahkan kehidupan dalam tangannya?
Misteri Enam Napoleon
Inspektor Lestrade menceritakan kejadian pelik tentang seorang penjenayah yang menceroboh rumah dan kedai untuk memecahkan arca-arca kepala Napoleon. Dia mengesyaki adanya fanatik yang sangat membenci Napoleon. Namun, apabila perbuatan ini mula melibatkan kematian, Sherlock Holmes mula memandang serius kes itu dan ternyata ini bukanlah tindakan rawak seorang monomania!
Tiga Pelajar yang Disyaki
Hilton Soames, pensyarah St Luke’s College datang meminta bantuan Sherlock Holmes untuk mencari orang yang masuk ke biliknya dan membaca pruf kertas peperiksaan penting yang akan berlangsung keesokan hari. Biarpun kes kali ini tidak seberat misteri kecurian atau pembunuhan, namun Sherlock Holmes tetap bersemangat menyelesaikan misteri ini. Terdapat tiga pelajar yang disyaki, siapakah antara mereka yang melakukannya?
Misteri Kaca Mata Keemasan
Seorang pemuda budiman, pembantu kepada seorang profesor tua telah mati dibunuh. Kejadian ini telah memeningkan Inspektor Stanley Hopkins kerana tiada sebarang motif pembunuhan yang dapat ditimbulkan. Sepasang kaca mata letak berwarna emas dijumpai di dalam genggaman si mati. Sherlock Holmes mendapati kaca mata keemasan ini dimiliki oleh seorang perempuan yang sangat rabun, dan mustahil perempuan itu dapat melarikan diri tanpa kaca mata itu setelah melakukan pembunuhan. Kenapa perempuan kurang upaya itu membunuh, dan bagaimana dia melarikan diri?
MISTERI KEHILANGAN PEMAIN RAGBI, PEMBUNUHAN DI ABBEY GRANGE & MISTERI TOMPOKAN KEDUA
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(14)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Misteri Kehilangan Pemain Ragbi
Cyril Overton, pemain ragbi Universiti Cambridge menemui Sherlock Holmes atas kehilangan pemain pasukannya, Godfrey Staunton. Perlawanan penting semakin hampir, dan Godfrey sangat diperlukan bagi memastikan kemenangan pasukannya. Godfrey dilihat pergi tergesa-gesa bersama seorang lelaki tua, dan selepas itu dia tidak lagi kembali. Petunjuk yang ada cuma satu ayat memohon pertolongan yang tersurih pada borang telegram di dalam biliknya.
Pembunuhan di Abbey Grange
Sir Eustace Brackenstall telah dibunuh di rumahnya oleh tiga orang perompak, dan isterinya ditemui terikat oleh pembantu rumah mereka. Kes itu kelihatan mudah diselesaikan kerana adanya saksi. Sherlock Holmes terasa dipermainkan apabila pada awalnya dia disalah jemput oleh Inspektor Stanley Hopkins. Bagaimanapun, Holmes melihat sesuatu yang ganjil pada tali yang mengikat Lady Brackenstall. Adakah Lady Brackenstall menyembunyikan sesuatu?
Misteri Tompokan Kedua
Lord Bellinger, Perdana Menteri Britain dan Tuan Trelawney Hope, Setiausaha bagi Hal Ehwal Eropah datang mengunjungi Sherlock Holmes dan Dr. Watson di Baker Street. Mereka membawa satu masalah yang mungkin akan menyebabkan perang di rantau itu. Sepucuk surat penting daripada ketua sebuah negara yang dirahsiakan telah didapati hilang. Holmes mengesyaki surat itu dicuri oleh perisik untuk dijual ke negara lain. Dia bercadang untuk menyiasat seorang daripada perisik yang disyakinya, bagaimanapun perisik itu dijumpai mati dibunuh pada pagi itu. Sherlock Holmes menyedari ada pihak lain yang mungkin sedang mencari surat itu juga.
THE VALLEY OF FEAR
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(15)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Fred Porlock, seorang individu tidak dikenali yang mengaku dirinya adalah ejen Prof. Moriarty telah menghantar mesej yang berkod kepada Sherlock Holmes. Selepas berjaya memecahkan kod itu, Sherlock Holmes dan Dr. Watson mendapati kod itu merupakan amaran tentang seseorang bernama Douglas dari Birlstone sedang berada dalam bahaya. Seketika kemudian Inspektor MacDonald, datang menemui Holmes. Dia terkejut melihat catatan mesej berkod di atas meja, kerana dia membawa berita tentang Douglas dari Birlstone telah dibunuh. Mereka segera berkejar ke lokasi kejadian di Sussex.
Douglas telah dibunuh dengan raifal yang telah dipotong larasnya, sejenis senjata Amerika. Watson mencurigai isteri mangsa dan sahabat baik mangsa yang bernama Cecil Barker, kerana mereka kelihatan seperti menyembunyikan sesuatu. Manakala pihak polis pula mempunyai teori mereka sendiri, yang walau bagaimanapun diketawakan Holmes. Padanya, kunci untuk menyelesaikan misteri kes itu ada pada sebuah dumbel yang hilang.
Tanpa disangka, penyiasatan kes ini membawa kisah yang berlaku jauh di sebuah lembah di Amerika, tempat di mana nyawa manusia bagai tiada nilai, yang digelar The Valley of Fear. Siapakah yang telah membunuh Douglas? Kenapa musuh ketat Holmes, iaitu Profesor Moriarty terlibat dalam kes ini?
PEMBUNUHAN DI WISTERIA LODGE, MISTERI KOTAK KADBOD, MISTERI KUMPULAN LINGKARAN MERAH & KISAH DETEKTIF YANG NAZAK
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(16)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Pembunuhan di Wisteria Lodge
John Scott Eccles datang ke Baker Street dalam keadaan tidak terurus, marah dan keliru. Belum sempat dia menceritakan masalahnya kepada Holmes dan Dr. Watson, dua pegawai polis muncul di pintu rumah Holmes. Mereka sedang mencari Eccles untuk membantu siasatan serta mahukan keterangan daripadanya. Eccles terkejut kerana dia disyaki membunuh Aloysius Garcia, tuan rumah Wisteria Lodge tempat dia bermalam pada malam itu. Sedangkan, dia datang menemui Sherlock Holmes adalah kerana dia buntu apabila bangun pada pagi itu, seluruh isi rumah Wisteria Lodge telah hilang. Adakah benar John Scott Eccles seorang pembunuh?
Misteri Kotak Kadbod
Cik Susan Cushing menerima bungkusan yang menakutkan yang dipos kepadanya. Bungkusan itu berupa sebuah kotak kadbod yang berisi dua cuping telinga manusia yang diletakkan bersama-sama garam kasar. Inspektor Lestrade mengesyaki ini adalah usikan nakal daripada bekas penuntut Cik Susan yang berdendam dengannya. Bagaimanapun, apabila Sherlock Holmes melihat bungkusan itu, dia serta-merta mengatakan bungkusan itu adalah bukti satu jenayah serius. Holmes memberitahu Lestrade yang dia akan membantu menyiasat kes itu, bagaimanapun dia tidak mahukan pegawai polis itu memberi kredit kepada namanya kerana baginya kes itu terlalu mudah. Dari mana datangnya dua cuping telinga itu?
Misteri Kumpulan Lingkaran Merah
Puan Warren, seorang tuan punya rumah sewa menghadapi masalah penyewa yang aneh. Penyewanya seorang lelaki muda yang berjambang lebat, dan bahasa Inggerisnya mempunyai loghat yang pelik. Dia hanya kelihatan pada hari pertama dia berada di situ, namun selepas itu tiada sesiapa pun yang berada di rumah itu pernah melihatnya. Dia memesan barang-barang daripada Puan Warren dengan cara yang pelik, iaitu dengan menulisnya menggunakan huruf cetak pada kertas dan meninggalkannya di atas kerusi di luar bilik. Sherlock Holmes yang pada mulanya tidak berminat dengan kes itu lantas menukar fikirannya. Kenapa penyewa itu terlalu berahsia? Adakah dia seorang penjenayah yang dikehendaki atau dia cuba bersembunyi kerana takutkan sesuatu?
Kisah Detektif yang Nazak
Puan Hudson menemui Dr. Watson, menyampaikan berita Sherlock Holmes sedang sakit teruk dan tidak makan serta minum selama tiga hari. Dr. Watson terkejut kerana dia tidak tahu-menahu tentang hal itu. Apabila mengunjungi Holmes, Dr. Watson sekali lagi terkejut kerana dia tidak dibenarkan berada dekat dengan Holmes, dan sahabatnya itu tidak mahu dirawat walaupun keadaannya kelihatan sudah amat teruk. Setelah puas memujuk, akhirnya Holmes bersetuju untuk dirawat oleh seorang individu yang dipilihnya sendiri bernama Culverton Smith. Holmes mengenakan syarat tertentu kepada Dr. Watson dan mula meracau-racau. Adakah Sherlock Holmes sempat dirawat atau sikap egonya akan membawa maut ke atas dirinya sendiri?
PELAN BRUCE-PARTINGTON, MISTERI KAKI SYAITAN, MISTERI KEHILANGAN LADY FRANCES CARFAX & PENGHORMATAN TERAKHIR: TUGASAN PERANG SHERLOCK HOLMES
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(17)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Pelan Bruce-Partington
Kunjungan Mycroft Holmes menandakan ada satu kes luar biasa yang memerlukan khidmat Sherlock Holmes. Seorang kerani di jabatan kerajaan ditemui mati di tepi landasan kereta api dengan pelan rahsia kapal selam Tentera Laut berada di dalam poketnya. Mycroft mahu Sherlock Holmes menyiasat bagaimana pelan-pelan itu yang sentiasa dijaga ketat dan menjadi rahsia negara boleh berada di tangan seorang kerani biasa. Maruah kerajaan British sedang dipertaruhkan.
Misteri Kaki Syaitan
Dengan ditemani oleh Dr. Watson, Sherlock Holmes pergi bercuti ke kawasan pedalaman di Cornwall untuk berehat atas faktor kesihatan, namun di situ satu peristiwa aneh telah berlaku yang memerlukan detektif itu beraksi. Seorang wanita telah mati dan dua orang lagi adik-beradiknya terpaksa dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat ketakutan yang teramat sangat! Apakah yang boleh menyebabkan seseorang menjadi begitu takut sehingga membawa maut atau menjadi gila? Kelihatan seperti ada satu kuasa ghaib yang bertanggungjawab atas perkara ini. Percutian ini pasti tidak akan dilupakan Sherlock Holmes dan Dr. Watson hingga ke akhir hayat!
Misteri Kehilangan Lady Frances Carfax
Apabila Lady Frances Carfax, waris tunggal satu keluarga bangsawan kaya dilaporkan hilang, Sherlock Holmes menghantar Dr. Watson ke Lausanne, Switzerland untuk menyiasat. Seorang lelaki berperawakan kasar dikatakan telah mengganggu wanita itu, menyebabkan dia menghilangkan diri. Dia kemudiannya dikesan di Baden, melakukan kerja-kerja amal bersama sepasang pendakwah. Siapa sebenarnya lelaki kasar itu? Adakah dia akan mendatangkan bahaya kepada Lady Frances dan pasangan pendakwah itu? Sherlock Holmes terpaksa bertindak mengejar masa, kerana pada perkiraannya maut semakin menghampiri wanita bangsawan itu.
Penghormatan Terakhir: Tugasan Perang Sherlock Holmes
Von Bork, seorang perisik Jerman berjaya menyusup ke dalam lingkungan elit London, menyamar sebagai seorang pemuda biasa yang pandai mengambil hati demi memperoleh rahsia-rahsia ketenteraan British. Dalam misi terakhirnya, dia menunggu dokumen penting daripada orang upahannya, seorang musuh dalam selimut kerajaan British bernama Altamont. Bagaimanapun setelah lama menunggu, Altamont masih belum kunjung tiba. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah Sherlock Holmes yang sudah pun tua pada ketika itu akan bertindak demi menyelamatkan negaranya? Adakah dia masih berbisa?
MISTERI KLIEN YANG MASYHUR, MISTERI PERAJURIT BERWAJAH PUCAT, MISTERI BATU MAZARIN MISTERI BATU MAZARIN & MISTERI DI RUMAH THE THREE GABLES
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(18)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Misteri Klien yang Masyhur
Violet de Merville akan mengahwini Baron Adelbert Gruner, seorang penjenayah Austria yang diketahui telah membunuh ramai orang termasuk isterinya, dan ini merunsingkan ayahnya, Jeneral de Merville. Pelbagai usaha dilakukan untuk memujuk gadis itu, namun gadis itu menganggap semua cerita buruk tentang Baron itu adalah fitnah semata-mata. Seorang klien misteri yang juga risaukan Violet telah meminta Sir James menemui Sherlock Holmes dan Dr. Watson untuk meminta bantuan. Ini adalah kes yang membuatkan Sherlock Holmes seperti tidak berdaya kerana kekuatan logik dan kehebatan mindanya tidak berguna untuk memujuk seorang gadis!
Misteri Perajurit Berwajah Pucat
Kali ini Sherlock Holmes menulis sendiri kisah penyiasatannya setelah selalu mengkritik gaya penulisan Dr. Watson. Pada Januari 1903, James M. Dodd datang menemuinya untuk meminta bantuan selepas melalui pengalaman yang membingungkan. James mempunyai seorang sahabat baik semasa berkhidmat dalam tentera, bernama Godfrey Emsworth yang telah lama menyepi. Ayah Godfrey telah membalas surat James dan menyatakan Godfrey sedang belayar mengelilingi dunia. Bagaimanapun, James merasakan ada yang tidak kena, lalu dia ke rumah keluarga Godfrey untuk mendapatkan jawapan. Ayah Godfrey melayan James dengan dingin, dan James dapat merasakan seisi rumah itu telah menipunya. Pada malam itu, James tiba-tiba terlihat wajah Godfrey pada tingkap biliknya. Apa yang menakutkannya, wajah Godfrey kelihatan lebih pucat daripada mayat! Apakah yang dilihatnya itu benar-benar Godfrey atau hantunya? Akhirnya Holmes sedar, menulis bukannya mudah.
Misteri Batu Mazarin
Semasa Dr. Watson tiba di 221B Baker Street, Sherlock Holmes sedang tidur kerana kepenatan menyiasat kes kehilangan batu permata bernilai £100,000. Pembantu rumahnya, Billy menunjukkan sesuatu di tingkap yang membuatkan Watson terkejut, iaitu sebuah patung lilin menyerupai sahabatnya itu. Ini mengingatkan Watson kepada kes Perangkap Rumah Kosong, di mana Holmes menggunakan patung seperti itu untuk mengumpan penembak tepat yang memburunya. Apabila Holmes bangun, dia menceritakan bahawa dia diburu oleh seorang penembak bernama Count Negretto Sylvius, yang juga merupakan pencuri batu permata itu. Kes ini mungkin hampir sama dengan Perangkap Rumah Kosong, namun kali ini permainannya berbeza!
Misteri di Rumah The Three Gables
Puan Mary Maberley hairan kerana rumah lama yang didudukinya sejak dua tahun lalu tiba-tiba menarik perhatian seorang pembeli misteri yang sudi membayarnya dengan harga yang tinggi. Tambah membingungkan, pembelian itu termasuk semua perabot dan segala apa yang berada di dalam rumah itu, termasuk barang-barang peribadi Puan Maberley! Kerana berasa terlalu pelik, Puan Baberley membatalkan urusan jual beli tersebut. Sherlock Holmes yakin ada sesuatu di dalam rumah The Three Gables yang dimahukan pembeli itu, dan kemungkinan ini ada kaitan dengan perubahan sikap anak Puan Maberley sebelum dia meninggal semasa dalam urusan diplomatik di Rom.
MISTERI PUNTIANAK SUSSEX, TIGA LELAKI BERNAMA GARRIDEBS, KES JAMBATAN THOR & MISTERI LELAKI MERANGKAK
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(19)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Misteri Puntianak Sussex
Tuan Robert Ferguson datang ke Baker Street kerana dia mengesyaki isterinya adalah puntianak! Dia telah menyaksikan dengan matanya sendiri di mana isterinya dengan mulut berlumuran darah baru selesai menghisap darah bayi mereka, dan rupanya itu bukanlah perbuatannya kali pertama. Sebelum itu perbuatan isterinya itu telah beberapa kali dilihat oleh pembantu rumah mereka, bagaimanapun Tuan Ferguson enggan mempercayainya ketika itu. Bagaimana Sherlock Holmes dan Dr. Watson menyelesaikan kes ini? Adakah kes seperti ini dapat diselesaikan?
Tiga Lelaki Bernama Garridebs
Nathan Garrideb meminta Holmes mencarikan orang yang mempunyai nama keluarga yang sama sepertinya, iaitu ‘Garrideb’. John Garrideb, bekas peguam dari Kansas telah menemui Nathan dengan membawa wasiat seorang hartawan supaya mencari tiga lelaki bernama Garrideb. Mereka cuma perlu mencari seorang lagi untuk mewarisi harta yang dijanjikan dalam wasiat itu. Mendengar cerita John itu, tentulah Sherlock Holmes tahu ini amat mencurigakan. Siapa sebenarnya John Garrideb? Apakah rahsia di sebalik nama Garrideb ini?
Kes Jambatan Thor
Maria Gibson ditemui mati di atas Jambatan Thor, dalam kawasan estet kediamannya. Pengasuh anak-anaknya, Grace Dunbar pula telah ditahan kerana membunuh. Grace mengaku bertemu dengan majikannya di atas jambatan itu sebelum kematiannya, tetapi tidak mengaku membunuhnya. Bagaimanapun, polis menemui senjata membunuh di dalam almari pakaian pengasuh itu. Senator J. Neil Gibson, pemilik estet itu percaya pengasuh itu telah difitnah. Holmes menyiasat tempat kejadian dan mendapati ada yang tidak kena pada lokasi pembunuhan itu. Holmes yakin, serpihan batu daripada jambatan itu adalah kunci untuk menyelesaikan misteri siapa pembunuh Maria Gibson, manakala Dr. Watson pula mengesyaki senator itu sendiri yang membunuh isterinya kerana dia mempunyai motif.
Misteri Lelaki Merangkak
Profesor Presbury, berumur 61 tahun mula berkelakuan aneh selepas bertunang dengan seorang wanita muda. Keadaannya ini menimbulkan kerisauan Trevor Bennett, iaitu setiausahanya. Mulanya profesor itu keluar rumah selama dua minggu. Selepas pulang, personaliti profesor itu berubah menjadi bengis dan suka menyendiri. Anjing kesayangannya pun seperti tidak mengenalinya lagi apabila professor bertindak agresif dan mahu menyerangnya. Namun yang paling menakutkan, Trevor melihat profesor itu berjalan dengan cara merangkak dan keluar rumah pada tengah malam. Apakah yang sebenarnya terjadi kepada profesor itu? Dan kenapa Sherlock Holmes menjadi terlalu obses dengan tarikh-tarikh dalam kes ini?
MISTERI SURAI SINGA, MISTERI PENYEWA BERKERUDUNG, MISTERI SHOSCOMBE OLD PLACE & MISTERI PESARA KILANG CAT
Penulis:Sir Arthur Conan Doyle
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:823.000/D3(20)
Tempat:Area C
Sinopsis:
Misteri Surai Singa
Fitzroy McPherson jatuh rebah dan mati di hadapan Sherlock Holmes, yang ketika itu sudah pun bersara dan tinggal di sebuah desa kecil di pinggir laut. Sebelum meninggal dunia, McPherson menyebut sesuatu yang bunyinya seperti ‘surai singa’. Harold Stackhurst, pengetua di sekolah di mana McPherson bekerja sebagai guru, berpendapat kata-kata McPherson itu kedengaran seperti nama seorang lagi guru di sekolahnya, Ian Murdoch, yang pernah bertengkar dan melempar anjing McPherson ke luar tingkap. Apabila memeriksa mayat McPherson yang malang itu, Holmes mendapati kesan seperti libasan cemeti yang berselirat di belakang tubuhnya, yang menjadi punca kematiannya. Nampaknya biarpun telah bersara, kes misteri tetap hadir ke hadapan pintu rumahnya!
Misteri Penyewa Berkerudung
Selama tujuh tahun Puan Merrilow menyewakan bilik kepada Puan Ronder, dan dia tidak pernah melihat wajah penyewanya itu kerana sentiasa memakai kerudung. Namun pada suatu hari, Puan Merrilow secara tidak sengaja ternampak wajah penyewanya itu, dan wajah itu mengejutkannya kerana dia cacat teruk. Atas satu kejadian, Puan Ronder meminta Puan Merrilow menyampaikan pesanan kepada Sherlock Holmes. Puan Ronder menyatakan, sekiranya Puan Merrilow menyebut ‘Abbas Parva’, pasti Sherlock Holmes akan datang menemuinya. Apakah misteri yang disimpan oleh wanita berkerudung itu? Apakah yang menyebabkan wajahnya cacat sehingga tiada lagi menampakkan rupa? Apakah kaitannya Sherlock Holmes dengan Abbas Parva?
Misteri Shoscombe Old Place
John Mason, datang mengadu kepada Holmes tentang majikannya, Sir Robert Noberton yang dirasakannya sudah gila. Sir Robert tinggal di Shoscombe Old Place bersama-sama dengan kakaknya, Lady Beatrice yang sudah uzur. Pada suatu hari, kedua-dua majikan John Mason mula melakukan perkara-perkara pelik di luar kebiasaan mereka: Lady Beatrice tidak lagi melawat kuda kesukaannya pada setiap pagi seperti yang pernah dilakukannya setiap hari selama bertahun-tahun. Sir Robert pula memberikan anjing kesayangan kakaknya kepada orang lain secara tiba-tiba. Dan pada waktu malam, Sir Robert selalu pergi ke makam bawah tanah di gereja berdekatan kediamannya secara sembunyi-sembunyi. John Mason berasa lebih takut apabila terjumpa tulang manusia yang terbakar dalam relau pemanasan di tingkat bawah tanah Shoscombe Old Place! Sherlock Holmes dan Dr. Watson menyamar sebagai pelancong yang suka memancing untuk mendekati Shoscombe Old Place dan menyiasat perkara ini.
Misteri Pesara Kilang Cat
Josiah Amberley, seorang pembekal alatan lukisan yang sudah bersara meminta Sherlock Holmes mencari isterinya yang telah menghilangkan diri. Isterinya dipercayai telah pergi bersama jirannya, dan membawa bersama mereka wang simpanan Josiah yang banyak. Disebabkan Sherlock Holmes terlalu sibuk menyiasat kes lain, dia menghantar Dr. Watson untuk menggantikannya. Namun, kes yang disangka mudah ini mula bertukar rentak apabila Dr. Watson mendapati dirinya diekori lelaki yang ditemuinya di tepi jalan berdekatan rumah Tuan Amberley. Perkara ini membingungkan Dr. Watson. Siapakah lelaki yang mengekori Dr. Watson, dan kenapa? Dapatkah Sherlock Holmes dan Dr. Watson menemui isteri Josiah Amberley semula?
THE EXTRAORDINARY ADVENTURES OF ARSENE LUPIN, GENTLEMAN-BURGLAR
Penulis:Maurice Leblanc
Penerbit:Penerbit X
Nombor Panggilan:899.283/L2
Tempat:Area C
Sinopsis:
Arsène Lupin, seorang budiman yang misteri, hanya menyasarkan rumah agam dan bilik tetamu mewah. Dikenali sebagai lelaki dengan seribu penyamaran. Dia mampu menjadi sesiapa sahaja: Pemandu, detektif, pembuat buku, doktor Rusia, matador Sepanyol, ahli perniagaan, pemuda bertubuh sasa, atau lelaki tua yang uzur.
Kisah Arsène Lupin, pencuri budiman ini mula diperkenalkan pada 15 Julai 1905 dalam majalah berbahasa Perancis, Je sais tout. Watak ciptaan Maurice Marie Émile Leblanc atau dikenali dengan Maurice Leblanc ini telah dianggap pembaca pada ketika itu sebagai rakan sejawat Sherlock Holmes, walaupun kedua-duanya berada di sudut yang bertentangan dalam dunia jenayah!
Sembilan kisah pendek pertama Lupin yang diterbitkan dalam Je sais tout telah dikoleksikan dalam judul The Extraordinary Adventures of Arsène Lupin, Gentleman-Burglar.
THE FIRM
Author:John Grisham
Publisher:Arrow Books
Call Number:813.540/G16
Location:Area C
Synopsis:
When Mitchell McDeere qualified third in his class at Harvard, offers poured in from every law firm in America. Bendini, Lambert and Locke were a small, well-respected firm, but their offer exceeded Mitch’s wildest expectations: a fantastic salary, a new home and the keys to a brand new BMW.
It was his dream job, but it was to become his worst nightmare. Unravelling a complex trail of secret files, undercover surveillance and millions of dollars of illegal mob money, Mitch stumbles across a shocking conspiracy and a horrifying truth: nobody has ever left Bendini, Lambert and Locke – and anybody who has ever tried has ended up dead.
THE THIRTY- NINE STEPS
Author:John Buchan
Publisher:Collins Classics
Call Number:823.912/B5
Location:Area C
Synopsis:
‘I snapped the switch, but there was nobody there. Then I saw something in the far corner which made me drop my cigar and fall into a cold sweat.’
When Richard Hannay is warned of an assassination plot that has the potential to take Britain into a war, and then a few days later discovers the murdered body of the American that warned him in his flat, he becomes a prime suspect. He flees to the moors of Scotland and a spirited chase begins as he is pursued by the police and the German spies involved with stealing British plans.
Buchan’s tale unfolds into one of the seminal and most influential ‘chase’ books, mimicked by many, yet unrivalled in the tension and mystery created by his writing.
Code
Author:Kathy Reichs, Brendan Reichs
Publisher:Young Arrow Books
Call Number:813.600/R11
Location:Area C
Synopsis:
Tory and the rest of the Virals are put to the ultimate test when they find a geocache containing an ornate puzzle box. Shelton decodes the cipher inside, only to find more tantalizing clues left by “The Gamemaster.” A second, greater geocache is within reach—if the Virals are up to the challenge. But the hunt takes a dark turn when Tory locates the other box—it contains a fake bomb, along with a sinister proposal from The Gamemaster. Now, the real game has begun: another bomb is out there—a real one—and the clock is ticking.
The Truth About Keeping Secrets
Author:Savannah Brown
Publisher:Penguin Books
Call Number:813.600/B13
Location:Area C
Synopsis:
Sydney’s dad is the only psychiatrist for miles around in their small Ohio town.He is also unexpectedly dead.
Sydney believes the crash was anything but an accident. And when the threatening texts begin, and June Copeland – homecoming queen and golden child – appears at his funeral out of nowhere, she’s sure of it.
But through Sydney’s newfound relationship with June, she’s given a glimpse of a life without the darkness of an unresolved grief and the chance, just maybe, of a fresh start.
Until it’s clear that the secrets won’t go away, and the truth might bring everything crashing down…
Imperfect friendships, the shadow of grief and the sweet pain of romance – this is a poetic, thrilling ode to being human.
The Impossible
Author:Mark Illis
Publisher:Quercus
Call Number:823.920/I1
Location:Area C
Synopsis:
When Hector Coleman and his mates genetically mutate overnight, their lives change in impossible ways … A comic-book inspired adventure for fans of Stephen King and Charlie Higson.
Hector Coleman. Just your average angst-ridden teenager, living a normal rubbish life in a normal rubbish town with, let’s face it, a rubbish name. But then all the teens in Hector’s small town develop weird mutations, and not in a superhero-type way. Someone gets transparent skin, someone else starts breathing fire … and that doesn’t end well. What the hell is going on? Hector and his friends need to find out, before it’s too late.
It’s a bit like Stranger Things, only stranger. Everything has changed. Apart from Hector’s name. And his girl trouble. And his embarrassingly low number of Twitter followers. All those things, unfortunately, stay the same. For now …
A warm, funny novel about friendship, family, and being different – oh, plus aliens, mutants and some serious scares …
‘This is one of the weirdest books I have read – I loved it! If you ever imagined that people who get special gifts always turn out to be super-heroes, think again … a sort of cross between super-hero story, sci-fi, detective story, love story … More like this, please.’ Melvin Burgess