GREAT BOOKISH QUOTES: WORDS FROM AUTHORS, LIBRARIES, AND BOOKS THAT SHAPED THE WORLD
Author:American Library Association (ALA)
Publisher:Simple Truths
Call Number:020.000 / A1
Location:Area C
Synopsis:
Great Bookish Quotes by the American Library Association is a collection of meaningful and inspiring quotes about books, reading, and libraries. It features words from famous authors and librarians. This book shows how stories and ideas from books have shaped the world and continue to inspire people everywhere.
THE CAT WHO SAVED THE LIBRARY
Author:Sosuke Natsukawa
Publisher:Picador
Call Number:895.600 / N1
Location:Area C
Synopsis:
The Cat Who Saved the Library by Sosuke Natsukawa, tells the heartwarming story of Rintaro Natsuki, a reclusive high school student grieving his grandfather’s death. Inheriting his grandfather’s second-hand bookstore, Rintaro prepares to shut it down when a talking tabby cat named Tiger appears. The cat recruits him on a magical mission to rescue books from those who mistreat them.
Through surreal adventures and literary quests, Rintaro rediscovers his love for books, life, and human connection. This whimsical tale blends fantasy and philosophy, celebrating the power of reading and the quiet strength found in stories.
TOKO BUKU ABADI
Penulis:Yudhi Herwibowo
Penerbit:The Biblio Press
Nombor Panggilan:899.283 / Y2
Tempat:Area C
Sinopsis:
Toko Buku Abadi karya Yudhi Herwibowo, mengisahkan seorang pemuda yang secara tidak sengaja menemui sebuah kedai buku misteri bernama “Toko Buku Abadi”. Kedai ini bukan sekadar tempat menjual buku, ia menyimpan pelbagai rahsia dan kisah luar biasa dari masa lalu dan masa depan. Setiap buku membawa pembacanya ke dunia yang tidak disangka, menyentuh jiwa dan menyedarkan hakikat kehidupan.
Dalam suasana magis dan penuh falsafah, kisah ini menyelami cinta, kenangan, dan kuasa abadi yang dimiliki oleh buku. Sebuah penghargaan terhadap kesunyian, harapan, dan dunia yang hanya boleh ditemukan dalam lembaran buku.
DARI TOKO BUKU KE TOKO BUKU: EROPA-JILID 2
Penulis:Muthia Esfand
Penerbit:Sabi Media Nusantara
Nombor Panggilan:910.400 / M3
Tempat:Area C
Sinopsis:
Dari Toko Buku ke Toko Buku: Eropah – Jilid 2 hasil tulisan Muthia Esfand membawa pembaca menyusuri kota-kota indah di Eropah melalui lensa seorang pencinta buku. Buku ini bukan sekadar catatan kembara biasa, tetapi juga merupakan luahan perasaan, renungan peribadi dan apresiasi terhadap budaya membaca. Setiap kedai buku yang dikunjungi menyimpan kisah tersendiri – tentang manusia, sejarah dan keunikan tempat itu. Dengan gaya penulisan yang santai dan penuh jiwa, karya ini mengajak pembaca merenung makna membaca, hubungan antara tempat dan memori, serta keindahan dunia buku yang merentas sempadan geografi dan budaya.
PENGIRIM BUKU DARI PINTU KE PINTU
Penulis:Carsten Henn
Penerbit:The Biblio Press
Nombor Panggilan:899.283 / H38
Tempat:Area C
Sinopsis:
Novel ini mengisahkan tentang Carl, seorang lelaki yang mungkin telah berusia 72 tahun, namun jiwanya kekal muda dan bertenaga. Setiap malam, beliau berjalan dari satu pintu ke pintu yang lain, menghantar buku secara peribadi kepada pelanggan setianya. Dengan penuh teliti, Carl memilih cerita yang paling sesuai untuk setiap seorang daripada mereka, berdasarkan minat dan keperluan hati mereka.
Pengirim Buku dari Pintu ke Pintu merupakan sebuah kisah yang menghangatkan jiwa, mengangkat nilai persahabatan, keajaiban membaca, serta kuasa buku yang mampu menyatukan hati manusia tanpa mengira perbezaan.
DUA SAYAP ILMU
Penulis:Syed Ahmad Fathi
Penerbit:The Biblio Press
Nombor Panggilan:899.284 / S3
Tempat:Area C
Sinopsis:
Karya ini menghimpunkan pelbagai esei yang berkisar tentang dua sayap ilmu, iaitu membaca dan menulis. Membaca merupakan kaedah tradisi yang diwarisi turun-temurun dalam usaha menimba ilmu, manakala menulis pula menjadi pelengkap yang memastikan ilmu dapat dirakam dan disebarkan.
Apakah yang dapat kita baca sekiranya tiada siapa yang sudi menulis? Di sinilah kita memahami bahawa agar ilmu terus mengalir merentasi sungai zaman, kedua-dua sayap ini – membaca dan menulis – amat diperlukan dan saling melengkapi.
LENTERA ILMU: CATATAN-CATATAN DUNIA BUKU
Penulis:Najibah Abu Bakar
Penerbit:Kenyalang Press
Nombor Panggilan:899.284 / N3
Tempat:Area C
Sinopsis:
Dalam era digital yang penuh cabaran ini, Lentera Ilmu: Catatan-Catatan Dunia Buku hadir sebagai penyuluh yang setia menemani perjalanan para pencinta buku dalam menghayati dunia pembacaan yang penuh warna-warni.
Buku ini menghimpunkan 25 artikel yang menyelami pelbagai aspek budaya membaca, mengangkat keajaiban buku sebagai medium penyebaran ilmu yang luar biasa, serta meraikan peranan perpustakaan dan kedai buku sebagai benteng cahaya yang memelihara warisan ilmu dan inspirasi sepanjang zaman.
BAGAIMANA BUKU MENGUBAH HIDUP SAYA: ANTOLOGI ESEI 12 BIBLIOFIL
Penulis:Hanz Jamaludin
Penerbit:The Biblio Press
Nombor Panggilan:899.284 / H1
Tempat:Area C
Sinopsis:
Bibliofil bermaksud pencinta buku; orang yang suka mengumpul buku atau meminati buku. Sejauh mana kecanggihan teknologi maklumat di hujung jari, buku tetap mendapat tempat di hati. Buku bersifat gedung ilmu bermetamorfosis pada bentuk luaran dan isi dalamannya selaras perkembangan zaman.
Buku tidak sekadar menjadi hidangan ilmu sebagai muatan akal, malahan sebagai manifestasi yang menggeledah peribadi diri pembacanya.
PUSTAKAWAN BERKELDAI
Penulis:Fakir Baykurt
Penerbit:The Biblio Press
Nombor Panggilan:899.283 / F15
Tempat:Area C
Sinopsis:
Dalam karya Fakir Baykurt, penulis menggambarkan dengan mendalam tema-tema cinta, persaudaraan, dan ketabahan. Cerita ini menyentuh emosi pembaca, mengingatkan kita tentang pentingnya keberanian dan perjuangan untuk mencapai perubahan terutamanya dalam mendidik masyarakat mencintai buku dan ilmu.