Page 78 - Titisan Pena 2020
P. 78
Melancong bersama ahli
keluarga merupakan kenangan manis
yang tidak dapat saya lupakan. Pada cuti
sekolah lalu, saya telah berkesempatan
melancong ke Pulau Langkawi bersama
dengan keluarga saya. Pulau Langkawi
ialah tempat pelancongan yang menarik
dan menjadi tumpuan pelancong dalam
dan luar negara. Kami menaiki kereta
ke Jeti Kuala Perlis. Kemudian, kami
menaiki feri ke Pulau Langkawi. Apabila
berada di dalam feri, saya berasa bertuah
kerana tidak pernah melihat feri sebesar
dan semewah itu. Feri itu terumbang-
ambing semasa berada di tengah laut.
Saya berasa pening-pening lalat dan berasa mual. Saya berjaya menyesuaikan diri selepas
beberapa minit. Selepas tiba di destinasi, kami pun berkelah di tepi laut. Kawasan pantai di
Karya Guru & Murid yang cantik dan unik. Pada keesokan hari, kami telah melawat banyak tempat yang menarik
sana indah nian dan bersih. Saya dan abang berasa seronok sekali mengutip kulit-kulit siput
di Pulau Langkawi. Kami telah berkunjung ke Dataran Lang dan mengambil gambar dengan
patung helang yang besar itu. Saya berasa bertuah kerana dapat memahami sejarah tentang
Mahsuri. Saya masih ingat betapa saya berat hati untuk meninggalkan pulau yang indah itu
selepas dua hari. Saya berharap agar berpeluang untuk melancong ke Pulau Langkawi lagi
kelak.
Dalam kehidupan kita, tidak semua hidup kita diselubungi dengan kegembiraan
atau kemanisan. Sudah pasti kepahitan akan turut kita rasai kerana bumi mana yang tidak
ditimpa hujan. Antara kenangan pahit yang tidak dapat saya lupakan ialah kenangan semasa
menjalani latihan larian jarak jauh. Oleh sebab saya sering mendapat keputusan yang tidak
76 memuaskan dalam peperiksaan larian jarak jauh di sekolah, saya membuat keputusan untuk
menjalani latihan yang bertubi-tubi untuk meningkatkan keputusan di samping menyihatkan
tubuh badan. Saya telah membuat jadual waktu untuk membahagikan masa dengan efektif.
Setiap hari, saya akan berlatih berlari di taman yang berdekatan dengan rumah saya pada
waktu senja. Saya berharap agar stamina saya dapat ditingkatkan dan dapat berlari 1200 meter
dalam masa lapan minit. Jadi, saya berusaha mencapai matlamat saya. Tibalah harinya untuk
peperiksaan larian jarak jauh. Saya menyangka bahawa saya berupaya berlari dengan pantas