Page 79 - Titisan Pena 2020
P. 79

dan mendapat keputusan yang agak baik selepas latihan yang dijalankan. Namun begitu, saya
            berasa kecewa dan sedih apabila melihat keputusan di kertas guru yang menunjukkan lapan
            minit tiga puluh saat. Usaha saya tidak membuahkan hasil. Walaupun begitu, saya akan terus
            berlatih sehingga berjaya. Proses berlatih ini sangat penat, tetapi saya akan terus berusaha
            pada tahun ini kerana saya tahu bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
            sagunya.


                   Kenangan  pahit  semasa  membuat  persediaan  sebelum  menduduki  Sijil  Pelajaran
            Malaysia (SPM) juga tidak dapat saya lupakan. Kerja sekolah yang berlambak-lambak masih
            segar dalam ingatan saya. Pada masa itu, saya sering bersengkang mata untuk belajar demi
            mendapat  keputusan yang cemerlang  dalam  SPM. Semua  pelajar  sibuk membuat  latihan
            pelbagai subjek yang serupa tiada hujung hingga larut malam. Saya terpaksa mengulang kaji
            pelajaran di dalam bilik sehari suntuk. Saya memahami bahawa orang yang tidak pernah
            merasai kepahitan tidak akan mengenal erti kejayaan. Apabila saya menghadapi masalah
            dalam pelajaran, saya akan menanyai guru-guru dan abang. Mereka telah menolong saya
            dengan  banyak. Apabila  SPM menjelang,  ujian  kecil  dan  peperiksaan  yang  bertubi-tubi
            memang memberi tekanan yang besar kepada saya. Saya belajar dengan lebih tekun lagi. Saya
            mengetahui bahawa sekiranya saya ingin mengecapi kejayaan maka perlulah berusaha, usaha
            yang dilakukan pula perlulah sehabis baik, dilaksanakan dengan penuh kesungguhan bukan
            setakat melepaskan batuk di tangga. Serupa pelajar lain, saya telah menduduki peperiksaan
            pada bulan November dan Disember. Saya berharap agar dapat memperoleh keputusan yang
            cemerlang dan membanggakan ibu bapa. Semoga segala usaha saya tidak akan sia-sia.                       Karya Guru & Murid


                   Kesimpulannya,  2019  merupakan  tahun  yang  amat  bermakna  dan  penuh  dengan
            kenangan. Saya akan terus berusaha untuk mencapai matlamat  dan menghindarkan diri
            daripada anasir-anasir yang buruk bak  kata pepatah  yang baik jadikan  teladan, yang
            buruk jadikan sempadan. Segala kenangan pada tahun 2019 akan saya abadikan dalam
            potret hati saya. Saya berharap agar tahun 2020 membawa segala yang terbaik untuk diri,
            keluarga,  rakan  dan  negara.  Semoga  semua  orang  terus maju  dan  membesar  demi  masa
            hadapan yang lebih cerah. Tahun 2020 akan merupakan tahun yang baharu dan segala akan
            menjadi lebih baik.                                                                                    77




























                                                           Tan Ryo-En
                                                           6S Zhong
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84