Page 75 - Titisan Pena 2020
P. 75

malah sikap mereka sendiri yang malas untuk bersukan dan beriadah. Sebaliknya aktiviti bersukan dan
            bersenam banyak mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana kita
            akan berpeluh dan mengeluarkan toksin semasa bersukan. Kadar lemak seseorang akan menurun dan
            kadar metabolisme akan meningkat. Masyarakat yang tidak bersenam akan menumpulkan lemak yang
            tidak digunakan di dalam badan dan tidak dibakar akan menyebabkan kegemukan. Tamsilnya, golongan
            remaja yang cenderung untuk melepak dan merayau-rayau di pusat beli-belah adalah lebih ramai daripada
            remaja yang bersenam di taman pada masa lapang. Walaupun masyarakat yang kurang bersenam sudah
            dinasihati oleh pelbagai pihak,
            maka mereka juga enggan
            bersenam boleh dikaitkan
            dengan peribahasa  seperti
            kera    mendapat     bunga.
            Jelaslah bahawa masyarakat
            yang  kurang  bersenam  juga
            akan    mudah     mengalami
            masalah obesiti.


                   Di samping itu, faktor genetik atau baka juga merupakan salah satu potensi masalah obesiti.
            Terdapat kes-kes tertentu yang mendorong seseorang mengalami obesiti disebabkan genetik seperti
            sindrom Prader-Willi, namun tidak ada sebab untuk menyalahkan sejarah ahli keluarga yang mempunyai
            berat badan yang berlebihan. Mereka mungkin mewarisi tabiat makan berlebihan daripada ibu atau
            ayah. Kesannya, masyarakat yang mengalami masalah tersebut akan gagal menurunkan berat badan            Karya Guru & Murid
            walaupun mengamalkan pemakanan seimbang dan bersenam. Obesiti tidak berlaku dalam sehari dua.
            Masalah obesiti berlalu sedikit demi sedikit akibat pemilihan makanan yang kurang berzat dan gaya
            hidup yang tidak sihat. Sudah terang lagi bersuluh, faktor genetik atau baka mampu menjadi salah satu
            sebab masalah obesiti.


                   Kesimpulannya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak faktor
            obesiti dalam kegemukan masyarakat. Masalah ini kian serius dan membimbangkan semua pihak.
            Tanpa menyalahkan sesiapa, kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula terbaik
            bagi mengatasi masalah ini. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi buruk dibuang dengan        73
            rundingan, baik ditarik dengan muafakat. Justeru, semua pihak haruslah bersendel bahu bagai aur
            dengan tebing untuk mengambil segala tindakan untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan
            masyarakat. Semua masyarakat perlu berhati-hati memilih makanan dan mengamalkan gaya hidup
            sihat supaya dapat menghindari penyakit. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah
            yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di
            negara kita.











                                                                 Chua Xin Ying
                                                                 6A Zhong
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80