Page 73 - Titisan Pena 2020
P. 73

Punca-punca masalah

                    obesiti dalam kalangan

                                     masyarakat


















                   Dalam mendepani era globalisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara yang kian    Karya Guru & Murid
            membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti
            tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Justeru, masyarakat
            sibuk mengejar kemewahan hidup sehingga mengabaikan aspek kesihatan diri. Mereka lebih cenderung
            untuk mengamalkan  sikap materialistik  yang mengejar  barang-barang  mewah berbanding dengan
            mengamalkan amalan kesihatan yang baik. Saban hari, isu-isu obesiti sering menjadi polemik umat
            manusia di segenap empat penjuru dunia. Menurut Kamus Dewan, obesiti bermaksud seseorang yang
            mempunyai berat badan yang berlebihan. Dalam erti kata lain, obesiti ialah badan yang tidak ideal
            dengan ketinggian. Menurut tahap Indeks Jisim Badan (BMI), obesiti terjadi apabila BMI 27.4 ke atas.
            Kajian yang dijalankan oleh Kesihatan dan Morbaliti Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015, kira-kira       71
            5.6 juta orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah obesiti. Walaupun semua
            pihak berusaha mengambil pelbagai strategi seperti mengadakan kempen kesedaran, tetapi masalah
            obesiti tetap menjadi masalah utama di segenap lapisan masyarakat terutamanya di Asia Tenggara.
            Sepatutnya  masyarakat  harus mengenal  pasti  punca-punca  masalah  obesiti  sebelum  mengambil
            tindakan untuk mengatasi masalah kegemukan. Senario ini dapat dikatakan dengan peribahasa tak
            tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Satu persoalan sering berlegar dalam gawang
            minda iaitu apakah punca-punca masalah obesiti dalam kalangan masyarakat? Tepuk dada tanyalah
            selera.

                                                       Salah satu punca perdana yang menyebabkan  masalah
                                                     obesiti termasuklah masyarakat mengamalkan  amalan
                                                     pemakanan  yang tidak  seimbang.  Hal ini  dikatakan
                                                     demikian kerana pengambilan kalori yang berlebihan dan
                                                     pengambilan lebihan tenaga yang terhasil daripada lemak,
                                                     gula, karbohidrat dan protein telah menyumbang kepada
                                                     peningkatan  berat  badan.  Tidak  dapat  dinafikan  bahawa
                                                     kini, masyarakat pasca merdeka  menggemar  makanan
                                                     segera dan minuman  berkarbonat  seperti  burger, nuget,
                                                     minuman Pepsi, Cola-cola dan sebagainya. Mereka kurang
                                                     makan  sayur-sayuran dan buah-buahan  setra minum air
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78