Page 76 - Titisan Pena 2020
P. 76

tahun 2019 sudah berlalu dan pasti telah meninggalkan

             pelbagai kenangan sama ada kenangan manis atau pahit.


                Perihalkan karangan tersebut yang telah anda alami sepanjang tahun 2019.

      Karya Guru & Murid  yang bertiup. Sekelip mata sahaja kita sudah berada pada alaf baharu tahun 2020. Namun,




                            Masa berlalu begitu pantas sekali, sepantas awan yang berarak dan sepantas angin


                     kenangan yang ditinggalkan pada tahun 2019 masih terbayangbayang di benak fikiran saya.
                     Segala peristiwa seolah-olah berlaku semalam dan masih segar dalam fikiran. Seandainya
                     saya diberi peluang untuk menunaikan apa-apa hajat, tanpa berlengah, saya akan membuat
                     pilihan untuk mengundur masa ke tahun 2019. Ingin sekali saya berada pada tahun tersebut
                     semula. Banyak sekali kenangan manis mahupun pahit yang telah saya lalui pada tahun 2019.
                     Kenangan manis membawa impian dan khayalan yang tidak terkira, kenangan pahit pula
                     membawa kesakitan yang tidak berkesudahan. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya
     74              saya mengetahui bahawa kenangan ini akan menjadi kenangan yang tidak dapat dipadamkan
                     selama-lamanya.


                            Mengimbas kembali tahun 2019, banyak kenangan manis yang telah saya lalui. Sejak
                     kecil lagi, saya amat berminat untuk menulis kaligrafi. Saya menjadikannya sebagai hobi
                     saya. Saya sering menyertai pertandingan kaligrafi di sekolah dan memenangi hadiah dalam
                     pertandingan  tersebut.  Namun begitu,  saya sentiasa  berharap  agar  dapat  belajar  menulis
                     kaligrafi dengan lebih profesional. Alangkah gembiranya apabila saya mendapati diri saya
                     dipilih sebagai wakil sekolah yang akan menyertai pertandingan kaligrafi di luar sekolah.
                     Saya masih ingat saya melonjak-lonjak kegembiraan di kelas pada masa itu. Bermula pada
                     hari itu, saya menghadiri kelas kaligrafi setiap hari Selasa. Saya mendapat bimbingan dan
                     tunjuk ajar  daripada  guru professional. Saya menimba  ilmu  pengetahuan  yang banyak
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81