Page 77 - Titisan Pena 2020
P. 77
dan belajar pelbagai teknik dalam menulis kaligrafi. Saya semakin mahir dalam bidang
kaligrafi bagai kata pepatah alah bisa, tegal biasa. Hari Selasa telah menjadi hari yang
paling saya nantinantikan. Pada bulan Julai, saya telah dipilih buat pertama kalinya sebagai
wakil sekolah untuk menyertai pertandingan kaligrafi di luar sekolah. Saya telah mendapat
tempat ketiga di luar dugaan. Memenangi pertandingan tersebut merupakan sesuatu
yang istimewa dan kegembiraan
saya tidak dapat digambarkan
dengan kata-kata. Saya sentiasa
bersyukur atas peluang-peluang
yang saya peroleh melalui
kaligrafi. Kegirangan mendapat
kejayaan pula akan menjadi
kenangan yang paling manis.
2019 memang merupakan
tahun yang bermakna dan
mustahak bagi saya. Hal ini
dikatakan demikian kerana saya
telah menyertai pertandingan
badminton di sekolah bersama-
sama rakan sekelas buat kali pertama. Kami telah membuat sasaran untuk merangkul
pingat emas dalam pertandingan tersebut. Oleh itu, kami berlatih untuk bermain badminton Karya Guru & Murid
di gelanggang badminton setiap hari Ahad. Rakan yang handal sekali dalam bermain
badminton telah mengajar saya teknikteknik yang berguna dalam pertandingan. Kami
berlatih dengan bersungguh-sungguh demi kebanggaan kelas. Pada hari pertandingan,
rakan-rakan kelas turut datang untuk menyaksikan saat-saat yang mendebarkan tersebut.
Mereka bersorak-sorai dengan penuh semangat tanda sokongan kepada peserta-peserta
kelas kami. Walaupun pihak lawan amat handal sekali, tetapi peserta-peserta dari kelas
kami juga tidak mengalah Akhirnya, kelas kami telah memenangi pertandingan yang sengit
itu. Kami menewaskan kelas 4A Ren, 5S Xiao dan seterusnya telah berjaya menggondol
pingat emas. Segala usaha kami adalah berbaloi. Persahabatan antara rakan sekelas dengan 75
saya menjadi lebih kukuh, hubungan antara satu sama lain juga menjadi lebih erat. Bukan
itu sahaja, saya juga telah memahami erti perpaduan dan kepentingan perpaduan dalam
pasukan bak kata pepatah bersatu teguh, bercerai roboh. Kenangan manis ini tidak
mungkin saya lupakan.