Page 74 - Titisan Pena 2020
P. 74

putih. Mereka lebih suka menjamu selera di restoran makanan segera kerana lebih menjimatkan masa.
            Sebenarnya, makanan  segera mengandungi  kalori dan lemak  yang tinggi. Minuman berkarbonat
            mengandungi kandungan gula yang tinggi. Namun, pengambilan makanan ini secara berlebihan akan
            menyebabkan  berat badan individu cepat bertambah  secara mendadak. Sebagai contoh, ibu bapa
            yang sibuk bekerja mencari rezeki berasa senang dan gembira dengan perkembangan perindustrian

            makanan    segera  kerana  mereka  tidak  sempat  menyediakan  makanan  kepada  anak-anak.
            Senario ini dapat dibuktikan apabila pensyarah dari Unit Makanan dan Kesihatan Universiti Malaya
            telah menyatakan bahawa sebanyak 70 peratus remaja yang ibu bapanya terpaksa mengambil makanan
            segera sebagai makanan harian. Tegasnya, masyarakat pada zaman ini tidak mengamalkan pemakanan
            seimbang telah menatijahkan obesit dalam kalangan mereka.

                   Kita harus menerima lumrah kehidupan bahawa keruh di muara pasti bermula dari hulunya.
            Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif bahawa setiap permasalahan yang berlaku pasti
            mempunyai punca-puncanya. Justeru, amalan makan pada waktu malam juga merupakan salah satu
            potensi menyebabkan masalah obesiti. Hal ini disebabkan oleh amalan masyarakat yang makan lewat
            dan tidur selepas makan akan menyebabkan kegemukan kerana proses penghadaman makanan dan
            kadar  metabolisme  badan  menurun  semasa  tidur.  Tidak  dapat  dinafikan  bahawa  sedasawarsa  ini,
            rakyat terpaksa bekerja sehingga larut malam untuk menyelesaikan hal-hal penting. Mereka memilih
      Karya Guru & Murid  Justeru, mereka hanya boleh menjamu selera pada waktu malam selepas bekerja, Lama-kelamaanya,
            untuk melangkau makan seharian supaya dapat menjimatkan masa untuk menyiapkan kerja-kerja.

            masalah obesiti telah dihidapi oleh masyarakat. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang diambil
            harus menggunakan sebanyak empat jam dalam pencernaan makanan. Maka, amalan makan pada
            waktu malam akan menyebabkan masalah pencernaan. Pelbagai penyakit akan dihidapi oleh masalah
            obesiti seperti sakit jantung, penyakit angin ahmar, diabetes dan sebagainya. Oleh itu, amalan makan
            pada waktu malam haruslah diatasi supaya tidak menyebabkan masalah obesiti bak kata pepatah,
            sediakan payung sebelum hujan.

                   Selain itu, amalan  makan rapu juga merupakan
            salah satu faktor yang wajar dititikberatkan  terutama
            dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini dikatakan demikian
     72     kerana  ibu bapa  terlalu  memanjakan  anak-anak  bagai
            menatang minyak yang penuh sehingga  mengikut
            telunjuk mereka. Apabila anak-anak hendak makan apa-
            apa yang disukai, ibu bapa akan memberikan kepadanya
            walaupun makan  tersebut  tidak  berkhasiat  dan kurang
            sesuai dengan tumbesaran anak-anak.  Tidak dapat
            dinafikan  bahawa  makanan  segera  dan  makanan  ringan
            telah  menjadi  pilihan  kanak-kanak  berbanding  dengan
            makanan seimbang. Contohnya, kanak-kanak sering
            meminta ibu bapa untuk menjamu selera di restoran-restoran seperti Restoran McDonald, KFC dan
            lain-lain lagi. Unit Kesihatan dari Hospital Universiti Malaya telah membuat kajian mengenai ayam
            di KFC bahawa ayam tersebut mengandungi garam yang tinggi, lemak yang tinggi dan kalori yang
            tinggi yang mengundang masalah obesiti, Konklusinya, kegemukan dalam kalangan masyarakat juga
            disebabkan oleh amalan makanan ringan.


                   Sesuatu  yang  berlaku itu  pasti  ada  sebab  musababnya  kerana  jikalau  tiada  angin  bertiup
            masakan pokok bergoyang. Justeru, masyarakat yang tidak bersenam juga mudah menyebabkan
            masalah  obesiti. Aktiviti  bersenam  berperanan  penting  dalam  kehidupan  harian  kerana  kita  tidak
            dapat melakukan apa-apa sahaja tanpa tubuh badan yang sihat bak kata pepatah, badan cergas
            otak cerdas. Walaubagaimanapun, fenomena tentang masyarakat tidak bersukan dan beriadah terjadi
            kerana mereka leka dengan hiburan daripada kaca televisyen dan corong-corng radio, lebih selesa tidur
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79