Page 79 - Titisan Pena 2019
P. 79
SUKAN OLIMPIK
MUSIM PANAS 2020 DI TOKYO
Sukan Olimpik Musim Panas 2020, secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik XXXII
dan secara meluas dikenali sebagai Tokyo 2020, ialah acara sukan antarabangsa mengi-
kut tradisi Sukan Olimpik yang berlangsung pada 24 Julai sehingga 9 Ogos 2020 di To-
kyo. Bandaraya ini diumumkan sebagai tuan rumah semasa Sesi IOC ke-125 di Buenos
Aires pada 7 September 2013. Tokyo sebelum ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik
Musim Panas 1964 dan merupakan bandaraya kelima (yang pertama di Asia) untuk
menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas lebih daripada sekali.
Maskot bagi Tokyo 2020 telah dipilih berdasarkan 2,042 penyertaan yang diterima
melalui sebuah pertandingan rekaan maskot. Daripada penyertaan-penyertaan terse-
but, tiga penyertaan telah dipilih oleh Panel Pemilihan Maskot pada Disember 2017.
Pada 28 Februari 2018, keputusan akhir maskot rasmi telah diumumkan dengan pas-
angan A mendapat undian tertinggi dengan sebanyak 109,041 undi berdasarkan undi-
an pelajar-pelajar sekolah rendah di serata Jepun.
Nama bagi maskot-maskot tersebut diumumkan pada 22 Julai 2018, iaitu Miraitowa
dan Someity. Nama Miraitowa merupakan gabungan dua perkataan yaitu mirai (“masa
depan”) dan towa (“selama-lama”).Someity pula diambil daripada nama pokok ceri
Yoshino dalam bahasa Jepun, Somei Yoshino serta menyerupai ungkapan bahasa Ing-
geris “So Mighty” (Sungguh Gagah).
Reka bentuk Jalur Gemilang pada Samurai Armor oleh
Project World Flags
Rencana Khas 77