Page 77 - Titisan Pena 2019
P. 77

SEJARAH



                           SUKAN



                        OLIMPIK







                   Setiap empat tahun, satu peristiwa akan                   Apabila agama Kristian menjadi
            menarik perhatian dunia dan menjadi buah                  agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik

            mulut orang ramai, Sukan Olimpik. Pertandingan            dianggap sebagai suatu amalan orang tidak
            sukan yang terbesar di dunia ini akan diadakan            beragama, maka Maharaja Theodosius
            di Tokyo, Jepun pada tahun 2020 dan melibatkan            mengharamkan pertandingan ini pada tahun
            sebanyak 11 ribu orang atlet dari 33 buah negara.         393 M. Akibat itu, berhentinya sukan Olimpik
            Untuk negara kita pula, Malaysia mula menyertai           selama ribuan tahun sehinggalah temasya ini
            Sukan Olimpik pada tahun 1956, dan semenjak itu           diadakan semula pada abad ke-19.
            sentiasa menghantar ahli sukan ke setiap temasya
            Sukan Olimpik Musim  Panas.



                   Untuk mengetahui sejarah Sukan Olimpik,
            kita haruslah kembali ke zaman purba, sekitar 776
            SM di Yunani. Sukan Olimpik dinamakan demikian
            kerana diadakan di bandar Olympia. Sambutan
            pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah
            pada 776 SM, walaupun tarikh ini bukanlah kali
            pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu,

            hanya acara seperti gusti dan perlumbaan kuda
            yang dipertandingkan.


                   Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam
            Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya                      Pada tahun 1892, Pierre de Coubertin,
            pada abad ke-6 dan   ke-5 sebelum Masihi.                         seorang sejarahwan dan pendidik
            Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu                   Perancis, cuba memulihkan Sukan
            sebagai  penghormatan kepada dewa Zeus, iaitu                 Olimpik tetapi gagal. Dia mengulanginya
            raja para dewa yang tinggal di Gunung Olimpus                 pada tahun 1894 dengan “Kongres untuk
                                                                            pemulihan Sukan Olimpik” dan kali
            dalam mitologi Yunani. Pemenang sukan ini akan                 ini dengan undi sebulat suara daripada
            dihormati dan diabadikan        dalam          puisi              2,000 orang yang mewakili lebih
            dan   dijadikan  patung. Sukan ini semakin hilang             daripada 12 buah negara, Sukan Olimpik
            kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas                   secara rasmi dipulihkan dan diadakan
            kaum Yunani.                                                   dengan sungguh meriah sehingga kini.








                                                                                     Rencana Khas      75
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82