Page 80 - Titisan Pena 2019
P. 80

E-SUKAN









                   E-sukan  adalah satu bentuk persaingan yang menggunakan permainan elektronik. E-sukan mengambil
            bentuk  pertandingan  permainan  elektronik  antara  beberapa  orang  pemain  profesional.  Genre permainan
            video yang biasanya dikaitkan dengan e-sukan ialah permainan arena pertempuran dalam talian (MOBA),
            permainan  penembak  perspektif  orang pertama  (FPS), permainan  pertempuran,  permainan  pertempuran
            royale(Battle Royale), dan permainan strategi masa nyata (RTS).  Antara permainan e-sukan yang paling
            popular termasuklah League of Legends, Counter-Strike, Street Fighter, PlayerUnknown’s Battlegrounds, dan
            lain-lain lagi. Peningkatan ketersediaan platform media penstriman dalam talian, terutamanya YouTube dan
            Twitch telah menjadi punca kepada pertumbuhan dan perkembangan pertandingan e-sukan. Terdapat beberapa
            organisasi di Korea Selatan yang melesenkan pemain profesional dan menganjurkan pertandingan e-sukan
            bertaraf antarabangsa sejak tahun 2000. Selain Korea Selatan, pertandingan e-sukan kini juga dijalankan di
            Eropah, American Syarikat, dan China.






























                                                                      Walaupun e-sukan di luar negara semakin maju,
                                                               e-sukan di Malaysia  tetap tidak dititikberatkan  dan
                                                               pemain-pemain e-sukan di negara kita dipandang rendah
                                                               oleh masyarakat,terutamanya  golongan yang lebih  tua.
                                                               Namun begitu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq
                                                               Syed Abdul Rahman  mahu  lebih  ramai  anak  muda di
                                                               Malaysia mendapat peluang bertanding dalam acara
            e-sukan sehingga layak bergelar profesional.Beliau berpendapat bahawa terdapat ramai pemain berbakat di
            negara kita yang tidak pernah diberikan peluang untuk menonjolkan bakat mereka. Jika diberikan sokongan
            yang sempurnanya  dari aspek kewangan dan latihan, golongan pemain  ini dapat  mengharumkan  nama
            negara dalam pertandingan e-sukan.Oleh itu, beliau mengatakan bahawa kementerian itu akan memberikan
            sokongan. Beliau juga mengatakan bahawa kerajaan kini telah menggariskan pelbagai program penganjuran
            acara e-sukan dalam usaha mencari bakat baharu. Selain itu, Syed Saddiq juga memandang serius permainan
            santai yang menjadi kegemaran anak muda.





                       78     Rencana Khas
   75   76   77   78   79   80   81   82   83