Page 76 - Titisan Pena 2019
P. 76

Dato Lee Chong Wei








                                                               Dato Lee Chong Wei  yang lahir pada 21 Oktober
                                                               1982 ialah  seorang  pemain  badminton  profesional
                                                               Malaysia. Beliau merangkul pingat perak di temasya
                                                               Sukan Olimpik 2008,2012, dan 2016. Beliau menja-
                                                               di rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan
                                                               akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamat-
                                                               kan kemarau pingat Sukan Olimpik Malaysia sejak
                                                               tahun  1996. Pencapaian ini  menyebabkan  beliau
                                                               diberikan gelaran “Dato” oleh Perdana Menteri Ma-
                                                               laysia  yang keenam,  Datuk Seri Najib Tun Razak
                                                               dan dianggap sebagai wira kebangsaan.








                     Lee Chong Wei menduduki tangga teratas dalam
                     kedudukan pemain  badminton  lelaki  perseo-
                     rangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu
                     pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Beliau
                     ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang
                     mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek
                     dan Roslin Hashim (semenjak kedudukan ras-
                     mi dimulakan pada era1980-an), dan satu-sat-
                     unya jaguh badminton Malaysia yang memper-
                     tahankan kedudukan teratasnya lebih daripada
                     dua tahun. Beliau merupakan duta bagi jenama
                     cat Pentens sejak tahun 2013.












                                                     Pada September 2018, Lee disahkan menghidap kanser naso-
                                                              faring dan mendapatkan rawatan di Taiwan sejak itu.
                                                     Kejayaan beliau dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat dari
                                                     dalam dan luar negara. Banyak pihak melahirkan rasa sedih
                                                     setelah beliau mengumumkan persaraannya. Beliau juga ber-
                                                     jaya membuktikan bahawa tidak mustahil bagi rakyat Malay-
                                                                sia untuk menjadi pemain badminton nombor satu
                                                                     dunia kalau ada azam dan semangat yang kuat.







                       74     Rencana Khas
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81