Page 74 - Titisan Pena 2019
P. 74
APA ITU 5G ?
5G merujuk kepada penambahbaikan
ataupun evolusi daripada rangkaian 4G terdahulu.
5G bakal menawarkan beberapa teknologi
pemancaran terkini, seperti antena agam
berganda, ataupun Massive-MIMO (Multiple-
Input Multiple-Output), peningkatan modulasi,
penggunaan gelombang millimeter, komunikasi
peranti-ke-peranti, sel bersaiz kecil, dan pelbagai
lagi teknik pemancaran yang masih dalam fasa
penyelidikan.
Generasi terbaharu ini, yang sedang
dalam pembangunan serta dijangka bakal diuji
dan dilepaskan dalam tahun 2018, menjanjikan
kelajuan yang mampu menandingi WiFi terpantas.
Laporan awal mendapati bahawa kelajuannya adalah 10 hingga 100 kali ganda daripada
rangkaian 4G LTE yang ada pada hari ini.
Dikatakan juga, 5G begitu pantas sehingga mampu menyaingi internet optik fiber. Sebagai
contoh, pengguna akan dapat memuat turun seluruh rancangan televisyen kegemaran hanya
dalam masa beberapa saat, atau menonton video berdefinisi ultra-tinggi tanpa sebarang masalah.
Rangkaian ini juga direka bagi memenuhi
keperluan peranti akan datang, daripada hal-hal
berkaitan automobil separa autonomi kepada
Internet of Things. Seperti rangkaian hari ini,
rangkaian 5G akan menggunakan gelombang
udara untuk menghantar data. Sama seperti stesen
radio beroperasi pada frekuensi mereka sendiri,
rangkaian selular menggunakan frekuensi sendiri
untuk menghantar dan mengedarkan data.
5G akan menggunakan frekuensi band
yang lebih tinggi daripada rangkaian pada hari ini,
yang bererti kelajuan frekuensi lebih tinggi secara
umumnya menawarkan kelajuan pemindahan
data yang lebih cepat.
72 Rencana Khas