Page 75 - Titisan Pena 2019
P. 75
APA ITU 5G ?
Sama seperti stesen radio, kelajuan lebih tinggi bermakna
julat yang lebih pendek. Untuk memberikan kelajuan tinggi yang
dijanjikan oleh 5G, rangkaian akan menggunakan spektrum
frekuensi yang sangat tinggi. Spektrum ini boleh menghantar
data lebih pantas daripada sebarang rangkaian sedia ada, tetapi
memerlukan perkakasan generasi baharu untuk mengatasi
masalah had jarak, dan kombinasi perisian serta perkakas pintar
untuk meminimumkan gangguan dan masalah yang berkaitan
dengan rangkaian berfrekuensi tinggi.
Rangkaian 5G akan memenuhi kehendak atau kapasiti
pengguna yang lebih besar, yang bermaksud apabila acara-acara
seperti sukan mahupun konsert yang dipenuhi dengan pengguna
data bersesak di satu tempat, 5G tidak akan lagi menjadikan
rangkaian tersebut tergendala. Hal ini juga bermaksud sama ada
mesej teks ataupun WhatsApp, proses penghantaran mesej tidak
lagi akan tertangguh akibat kesesakan pengguna yang begitu
ramai.
Rencana Khas 73