Page 82 - Titisan Pena 2019
P. 82
Salam sejahtera,
Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izinnya dapat juga kami menyempurnakan Titisan
Pena 2019 ini. Sepanjang menjalankan tugasan untuk Titisan Pena ini, kami telah memperoleh
pelbagai pengalaman yang bermakna sebagai seorang guru. Pengalaman yang kami perolehi
sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.
Justeru , kami juga telah memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih
terperinci lagi berkaitan dengan aktiviti sekolah ini. Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini,
terutamanya kepada Pengetua sekolah, Puan Cheong Moey Lian dan Guru Penasihat, Encik Chong
Chee Keong kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan
tugasan ini. Tunjuk ajar ini amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang
telah diamanahkan ini.
Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ketua dan penolong
jabatan kami yang telah banyak memberikan sokongan moral bagi menyelesaikan tugasan ini.
Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak
menghulurkan karya-karya pelajar dan kerjasama bagi menyempurnakan tugasan ini dengan
jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan
ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan
amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.
PENGHARGAAN
80 Rencana Khas