Page 31 - Titisan Pena 2020
P. 31
Isu-isu yang berkaitan dengan amalan gaya hidup
sihat kerap menjadi buah mulut masyarakat dan bahan
perbincangan dalam akhbar, radio atau berita. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup
sihat membawa pelbagai kebaikan kepada kita terutamanya dapat mengurangkan risiko menghidap
pelbagai penyakit yang berbahaya. Persoalan yang bermain-main di gawang minda kita ialah apakah
usaha-usaha yang dapat dilakukan bagi memupuk amalan gaya hidup sihat?
Salah satu cara untuk memupuk amalan gaya hidup sihat
ialah pihak kerajaan boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang
berkaitan dengan amalan gaya hidup sihat. Antara aktiviti
yang boleh diadakan ialah Kempen Gaya Hidup Sihat. Karya Guru & Murid
Pihak kerajaan boleh mengadakan pertandingan syarahan,
mendeklamasi sajak, dan sebagainya sempena kempen itu.
Pihak kerajaan juga boleh mengadakan pelbagai aktiviti
sukan sempena Hari Sukan Negara. Jelaslah bahawa aktiviti-aktiviti dan kempen yang diadakan
oleh pihak kerajaan akan mampu menarik minat masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Selain itu, pihak sekolah juga dapat memupuk 29
amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar
dan guru dengan menyokong segala aktiviti yang
diadakan oleh pihak kerajaan. Misalnya, pada Hari
Sukan Negara, pihak sekolah boleh mengadakan
pertandingan merentas desa dan pelbagai aktiviti
untuk menggalakkan pelajar-pelajar dan guru-guru
bersukan dan mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Oleh itu, usaha yang dilakukan oleh pihak
sekolah harus dijalankan dengan serius dan bukan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.
Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan yang diberikan kepada anak-anak oleh ibu bapa dapat
memupuk amalan gaya hidup sihat. Pendidikan ini amat penting kerana melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Ibu bapa boleh mengamalkan pemakanan yang seimbang, menjaga kebersihan
diri, berehat, dan memiliki masa tidur yang secukupnya. Perbuatan seperti ini sudah pasti akan
dicontohi oleh anak-anak mereka. Ibu bapa juga harus memberikan pendidikan tentang kepentingan
mengamalkan gaya hidup sihat kepada anak-anak mereka. Tegasnya, pendidikan
dalam keluarga boleh memupuk gaya hidup sihat.