Page 29 - Titisan Pena 2020
P. 29

Cara Meningkatkan

            Prestasi Pelajaran







                                                                                   No. 15, Jalan Residensi,
                                                                                                                    Karya Guru & Murid
                                                                                   Taman Residensi,
                                                                                   62100 Kuala Lumpur.



                   Menemui saudari Yi Ling yang berada di Kepong. Semoga berada dalam keadaan sihat
            sejahtera hendaknya.


            Saudari,
                   Apa khabar saudari sekarang? Saya berharap saudari sihat-sihat  hendaknya. Saya di
            sini sihat-sihat sahaja. Sudah lama kita tidak berutus surat kerana masing-masing sibuk dengan
            pelajaran.

                                                                                                                   27
                   Tujuan  saya  menulis  surat  ini  adalah  untuk  memberitahu  saudari  perihal  cara  untuk
            meningkatkan prestasi pelajaran. Cara yang pertama ialah kaedah mengambil nota yang baik perlu
            diikuti. Saudari perlu membuat nota-nota penting bagi memudahkan ulang kaji sebelum peperiksaan.
            Contohnya, setiap kali selepas guru mengajar, saudari perlu terus membuat nota ringkas. Hal ini
            dapat meningkatkan pemahaman saudari tentang sesuatu topik yang diajar. Membuat nota penting
            supaya saudari dapat terapkan dengan penuh apa yang baru dipelajari. Saudari juga tidak akan
            lupa apa yang diajar oleh guru. Saudari juga dapat bertanya kepada guru secepat mungkin jika ada
            apa-apa ketidakpastian. Jelaslah bahawa kaedah mengambil nota yang baik dapat meningkatkan
            prestasi saudari.


                   Saudari perlu bergaul dengan kawan yang baik dan jauhi mereka yang bermasalah. Matlamat
            saudari  harus bersama  dengan  kawan-kawan  untuk mencapai  matlamat  kejayaan  yang sama.
            Suasana belajar dengan kawan lebih tenang dan selesa. Belajar secara sekumpulan memanfaatkan
            kedua-dua  pihak,  iaitu  saudari  boleh  faham  dengan  jelas  dan  saudari  dapat  mengukuhkan
            pengetahuan sendiri apabila mengajar kawan-kawan. Sebagai contoh, saudari boleh bertukar-tukar
            nota dengan kawan-kawan atau bantu-membantu semasa ulang kaji. Saudari mestilah berbincang
            tentang pelajaran yang tidak difaham dengan kawan untuk mengelakkan kebosanan. Maka, belajar
            secara berkumpulan dapat memotivasikan semua orang untuk menjadi lebih gigih.
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34