Page 30 - Titisan Pena 2020
P. 30

Selain itu, cara yang seterusnya ialah memberikan tumpuan sewaktu guru sedang mengajar
                di kelas. Guru merupakan pakar dan paling berkemahiran, berpengalaman dan berkelayakan dalam
                subjek tersebut. Dengan memberi fokus pada pelajaran, saudari boleh bertanya soalan dengan
                segera jika saudari ada sebarang kebingungan atau tidak faham apa yang diajar oleh guru. Ada
                kala, guru akan memberikan tip bagi bahagian-bahagian subjek yang memerlukan lebih tumpuan
                sewaktu  peperiksaan.  Misalnya,  saudari  perlu  pasang telinga  semasa  guru memberikan  tip-tip
                yang penting. Hal ini dapat meningkatkan pelajaran saudari dan mengubah sikap saudari belajar
                di kelas. Jadi, saudari perlu memberikan tumpuan sewaktu guru sedang mengajar di kelas supaya
                memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.


                       Di samping itu, kaedah membuat latihan latih-tubi ialah salah satu cara meningkatkan
                prestasi pelajaran. Saudari haruslah mendedahkan kepada jenis-jenis soalan peperiksaan. Saudari
                boleh  merujuk  buku lahitan yang mengandungi  kompilasi  kertas-kertas  soalan  yang autentik.
                Saudari boleh membiasakan diri dan melatih diri di rumah. Contohnya, saudari boleh berlatih
                secara berdikari, terdapat buku latih tubi yang menyediakan skema jawapan yang komprehensif.
      Karya Guru & Murid  saudari mesti buat latihan latih tubi setiap hari untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan.
                Jika masih tidak faham, barulah saudari boleh menanyakan guru sekolah atau guru tuisyen. Justeru,




                       Akhir sekali, cara terakhir ialah menyiapkan jadual belajar. Saudari perlu menyiapkan dan
                mengikuti jadual untuk memastikan masa saudari terurus. Misalnya, saudari mesti mengutamakan
                subjek-subjek yang lemah supaya dapat memperuntukkan lebih masa untuk subjek tersebut.
                Dengan adanya jadual belajar, saudari juga boleh menyusun waktu rehat yang sesuai. Masa santai
                sangat penting supaya dapat mengelakkan dan menghilangkan stres. Oleh sebab itu, saudari harus
                memilih masa yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih berkesan.


                       Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Akhir kata, semoga saudari sentiasa sihat
     28         sejahtera. Saya berharap saudari dapat membalas surat ini dengan segera.




                                                                                                  Yang benar,
                                                                                                           JY
                                                                                                 11 Mac 2020



















                                                                          Lim Jing Yun
                                                                                  1 Ren
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35