Page 57 - Titisan Pena 2019
P. 57

Kumpulan C            SAGUHATI


                    Wong Yee Tian   2 Zhong



                    Aktiviti gotong-royong yang menjadi amalan masyarakat pada masa dahulu perlu
                    disuburkan semula dalam kalangan masyarakat.


                    Bincangkan faedah-faedah aktiviti gotong-royong.

                            Dalam kalangan masyarakat kini, aktiviti gotong-royong tidak dipentingkan dan
                    tiada orang mahu menjaga kebersihan dan sekitar dengan baik. Alam sekitar kita kian kotor
                    dan keindahan lalu telah hilang. Oleh itu, kita haruslah menjaganya setiap masa di samping
                    menjalankan aktiviti gotong-royong kerana aktiviti tersebut banyak membawa faedah.

                            Memang tidak dapat dinafikan aktiviti gotong-royong boleh mengeratkan hubungan
                    antara kejiranan dan kekeluargaan. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan berbual-bual
                    semasa aktiviti dijalankan dan kita boleh berbincang tentang pengalaman sendiri kepada orang
                    lain supaya hubungan dapat dieratkan. Kita boleh menjalankan aktiviti tersebut pada minggu
                    cuti sekolah dengan jiran-jiran di kawasan perumahan atau di taman. Melalui aktiviti gotong-
                    royong, kita bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan, tetapi juga boleh menjadi lebih
                    bersatu-padu.

                            Selain daripada mengeratkan hubungan, kita juga dapat mengisi masa lapang dengan
                    aktiviti yang berfaedah. Ibu bapa boleh menyertai aktiviti gotong-royong bersama anak-
                    anak mereka dan mereka tidak perlu bimbang akan anak-anak melakukan aktiviti yang tidak
                    bermanfaat seperti merokok. Hal ini bukan sahaja mengeratkan hubungan mereka, ibu bapa
                    juga dapat mengambil berat tentang anak-anak mereka jika mereka tidak tinggal di rumah
                    sepanjang masa. Oleh itu, aktiviti gotong-royong dapat mengisi masa lapang dan  kawasan kita
                    juga akan menjadi bersih.

                            Antara faedah menjalankan aktiviti gotong-royong merupakan semangat bekerjasama
                    dapat dipupuk. Hal ini dikatakan demikian kerana semasa kita menjalankan aktiviti gotong-
                    royong, kita pasti akan membahagikan kerja-kerja. Melalui hal ini, kita dapat memupuk
                    semangat tersebut. Kita juga boleh mengenali jiran-jiran atau orang lain yang tidak kita kenali
                    melalui aktiviti gotong-royong. Oleh itu, kita boleh bekerjasama semasa menjalankan aktiviti
                    tersebut.

                            Tuntasnya, amalan aktiviti gotong-royong amat penting. Oleh itu, kita mestilah
                    menyuburkan semula aktiviti gotong-royong yang menjadi amalan masyarakat pada masa
                    dahulu dalam kalangan masyarakat. Bak kata pepatah “tiada bukit yang tidak dapat didaki,
                    tiada lurah yang tidak dapat dituruni”, jadi jika kita mahu melakukan sesuatu perkara, kita pasti
                    dapat melakukannya.














                                                                             Karya Guru dan Murid      55
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62