Page 55 - Titisan Pena 2019
P. 55

saikan tugasan yang telah diberikan. Ini dapat meringankan beban masing-masing dan
                      menyelesaikan kerja dalam masa yang singkat. Tambahan pula, kita tidak perlu memba-
                      zirkan wang untuk mencari pekerja membersihkan tempat tersebut.


                             Akhir kata, kita boleh merapatkan hubungan silaturahim semasa aktiviti got-
                      ong-royong dijalankan. Sebagai contoh, kita akan melakukan kerja sambil berbual-bual
                      dengan orang yang berhampiran. Janganlah kita berasa segan. Mungkinlah kita berpelu-
                      ang untuk mengenali lebih banyak penduduk di kawasan kediaman kita. Natijahnya, ke-
                      hidupan kita boleh mencapai keamanan dan kedamaian kerana tempat tinggal kita banyak
                      kenalan. Sekiranya kita menghadapi kesusahan, mereka akan sudi menghulurkan bantuan.
                      Kita juga boleh menjalankan aktiviti beriadah dengan mereka seperti berjoging, berke-
                      lah, dan sebagainya. Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, berbagai-bagai faedah
                      yang dapat kita peroleh dalam aktiviti bergotong-royong. Pihak kerajaan haruslah banyak
                      mendorong rakyat negara supaya menjalankan aktiviti ini. Semangat bersatu kita teguh,
                      bercerai kita roboh akan disemai dalam kalangan masyarakat secara tidak langsung. Ak-
                      tiviti ini juga perlulah dipupuk sejak kecil lagi bak kata pepatah, melentur buluh biarlah
                      dari rebungnya.



























































                                                                               Karya Pertandingan      53
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60