Page 54 - Titisan Pena 2019
P. 54
Kumpulan C TEMPAT KEDUA
Loo Zi Ni 1 Zhong
Aktiviti gotong-royong yang menjadi amalan masyarakat pada masa dahulu perlu disub-
urkan semula dalam kalangan masyarakat.
Bincangkan faedah-faedah aktiviti gotong-royong.
Dalam era globalisasi yang semakin mencabar ini, aktiviti gotong-royong semakin
diabaikan dalam kalangan masyarakat. Gotong-royong bermaksud melakukan kerja secara
berkumpulan tanpa meminta gaji. Sebahagian orang akan melakukan tugasan mereka bagai
aur dengan tebing. Namun, itulah kisah pada zaman dahulu. Generasi muda pada zaman
ini berpendapat bahawa aktiviti gotong-royong tidak penting langsung. Sebenarnya, aktiviti
tersebut memang banyak mendatangkan faedah kepada kita. Persoalannya, apakah faedah
aktiviti gotong-royong?
Antaranya, kita dapat menyemai semangat perpaduan melalui aktiviti gotong-royong.
Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti orang Cina, orang Melayu, dan orang India. Wa-
laupun kita hidup bersama-sama di sebuah negara pada setiap hari, tetapi sering kedengaran
pergaduhan atau pertengkaran berlaku antara satu sama lain. Mengapakah kejadian sebegini
berlaku? Faktor utamanya adalah kerana tidak bersepakat. Ketika menjalankan aktiviti got-
ong-royong, kita akan saling membantu tidak kira bangsa dan agama. Justeru, rakyat barulah
dapat bersatu padu. Masa depan kita juga akan cerah. Sikap bagai enau dalam belukar, mele-
paskan pucuk masing-masing boleh dielakkan.
Selain itu, kebersihan sesuatu tempat boleh sentiasa terjamin selepas aktiviti got-
ong-royong dijalankan. Sebagai contoh, kita akan mengalikan longkang yang tersumbat, me-
nebas semak samun yang panjang, mengutip sampah sarap, menuangkan takungan air, dan
melakukan kerja-kerja yang lain.. Oleh itu, kawasan sekeliling kita akan menjadi lebih bersih
dan indah. Kita boleh hidup dengan selesa. Siapakah yang hendak hidup di tempat yang ko-
tor? Jika sesuatu tempat itu kotor, anjing liar, lipas, tikus, akan muncul pada bila-bila masa.
Sebarang penyakit yang berbahaya tidak dapat kita hindarkan.
Di samping itu, kita dapat menjimatkan kos perbelanjaan, masa, dan tenaga jika ak-
tiviti gotong-royong diadakan. Kita boleh menjalankan aktiviti gotong-royong di kawasan
kediaman kita untuk membersihkan kawasan tersebut. Semakin banyak penduduk kawasan
kediaman yang melibatkan diri dalam aktiviti ini, semakin banyak tenaga yang dapat kita
kumpulkan. Seterusnya, kita akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan lalu menyele-
52 Karya Pertandingan