Page 56 - Titisan Pena 2019
P. 56

Kumpulan C            TEMPAT KETIGA


                Jocelyn fan Eng Yue       2 Zhong


                Kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun.
                Huraikan langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.


                        Pada era globalisasi ini, kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap
                tahun. Kita sentiasa mendengar atau membaca berita tentang kemalangan jalan raya. Jadi, persoalannya,
                bagaimanakah kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?  Antara langkahnya termasuklah
                para pemandu haruslah sentiasa memastikan kereta mereka berada dalam keadaan yang baik sebelum
                memulakan perjalanan. Jikalau kereta itu gagal berfungsi semasa memandu, pemandu akan mengalami
                kemalangan. Oleh itu, pemandu haruslah sentiasa memeriksa brek, tayar, dan komponen kereta mereka
                berada dalam keadaan baik.  Selain itu, pemandu tidak boleh memandu semasa mabuk atau letih. Jikalau
                tidak sengaja, kemalangan jalan raya mungkin akan berlaku. Untuk mengatasi hal ini, pemandu mestilah
                mendapatkan tidur yang mencukupi dan tidak minum arak sebelum memandu kereta.  Langkah-langkah
                lain juga termasuklah pengguna jalan perlu mematuhi peraturan-peraturan atau undang-undang jalan
                raya yang telah ditetapkan. Contohnya, pemandu tidak boleh memandu melebihi had laju yang telah
                ditetapkan. Pengguna jalan raya juga perlu mematuhi arahan lampu isyarat.  Bukan itu sahaja, masyarakat
                patut menggunakan lintasan belang atau jejantas untuk melintas jalan raya demi keselamatan diri. Ibu
                bapa juga patut memastikan anak-anak mereka tidak bermain di tepi jalan raya selain memimpin tangan
                anak-anak mereka semasa melintas jalan raya.


                        Tambahan pula, pemandu dan penumpang kereta hendaklah sentiasa mengikat tali pinggang
                keledar. Hal ini dikatakan begitu untuk mengelakkan mereka tercampak ke luar kereta semasa berlakunya
                kemalangan kereta. Pemandu dan penunggang motosikal pula hendaklah sentiasa memakai topi keledar
                untuk mengelakkan kecederaan berat pada kepala mereka apabila mereka mengalami kemalangan jalan
                raya.   Di samping itu, pemandu harus menghantar kereta mereka ke bengkel kereta untuk memeriksa
                keadaan kereta mereka. Dengan ini, kereta mereka dapat dipastikan berada dalam keadaan yang baik.
                Langkah ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.  Tambahan lagi, pihak kerajaan boleh
                mengadakan kempen tentang cara-cara untuk mengatasi kemalangan jalan raya kepada masyarakat.
                Dengan  ini, masyarakat dapat menambah ilmu pengetahuan  tentang  cara mengatasi kemalangan
                dan mereka juga boleh mengelakkan diri daripada mengalami kemalangan jalan raya.  Terdapat juga
                sesetengah remaja yang suka berlumba kereta atau motosikal. Pihak kerajaan haruslah menghantar orang
                untuk menegur mereka supaya tidak menjalankan perlumbaan kereta atau motosikal yang berbahaya
                ini. Ibu bapa juga harus mendidik anak mereka untuk mengelakkan kemalangan jalan raya sejak kecil,
                bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnnya.  Sebagai kesimpulan, kita sebagai rakyat
                Malaysia haruslah bekerjasama untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Demi orang yang kita
                sayangi, kita mesti berhati-hati semasa berada di jalan raya kerana malang tidak berbau.





















                       54     Karya Guru dan Murid
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61