Page 88 - Titisan Pena 2020
P. 88

segera yang tidak berkhasiat mengandungi kandungan yang berbahaya terhadap badan kita dan
                dapat melemahkan sistem imuniti kita, terumatanya anak-anak yang masih kecil. Sistem imuniti
      Karya Guru & Murid  dalam badan kita tidak dapat dibunuh dan kesihatan kita terancam.  Misalnya, kita terdedah
                membantu kita mengatasi dan mecegah penyakit, jika sistem imuniti menjadi lemah, bakteria

                kepada penyakit berbahaya seperti demam panas, selesema, cirit-birit dan sebagainya. Natijahnya,
                terdapat penyakit yang lebih berbahaya akan membawa maut terutamanya golongan kanak-kanak.
                Untuk mencegah berlakunya masalah yang serius tersebut, ibu bapa seharusnya menggalakkan
                anak-anak menikmati makanan yang berkhasiat menurut piramid makanan sebelum nasi sudah
                menjadi bubur. Jadi, keburukan pengambilan makana segera secara berlebihan akan melemahkan
                siste imuniti badan.


                       Jika ditinjau dari perspektif yang berbeza, pengambilan makanan segera dalam kadar yang
                berlebihan boleh menganggu emosi kanak-kanak. Hal ini berlaku demikian kerana hasil tindak
                balas bahan kimia dalam makanan segera dapat mempengaruhi emosi seseorang. Dalam konteks
     86         ini, pengambilan makanan segera menyebabkan ketidakseimbangan bahan kimia dalam badan.
                Sebagai misalnya, makanan manis seperti donat dan kek akan menaikkan paras gula dalam badna
                kita. Hal ini telah menyebabkan seseorang itu mudah marah. Dalam erti kata lain, pengambilan
                makanan segera yang berlebihan amat berbahaya kepada kanak-kanak kerana akan menyebabkan
                kanak-kanak mempunyai emosi yang tidak stabil. Kanak-kanak patutlah mengurangkan kadar
                pengambilan  makanan segera kerana mencegah  lebih baik daripada mengubati.  Ringkasnya,
                keburukan pengambilan  makanan  segera secara  berlebihan  termasuklah  emosi menjadi  tidak
                stabil.

                       Jika  dikaji  dari  aspek  yang  lain,  pengambilan  makanan  segera  secara  berlebihan  akan
                mengubah gaya hidup seseorang. Hal ini terjadi demikian kerana makanan segera kebanyakannya
                merupakan makanan yang berasal dari negara Barat. Dengan ini, nilai ketimuran dalam diri kanak-
                kanak dan golongan muda mula hilang. Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa kanak-kanak
                akan menganggap makanan dari Barat lebih berkhasiat daripada makanan dari Timur. Buktinya,
                makanan segera mudah ditemui dan sering menjadi pilihan utama oleh masyarakat sebagai
                makanan seharian pada masa ini. Akibatnya, makanan tempatan akan dipinggirkan dan tidak lagi
                menjadi pilihan utama oleh masyarakat. Makan segera telah menjadi makanan dominan kerana
                mereka menganggap makanan segera lebih sedap dan masanya singkat untuk menunggu hidangan
                tersebut siap disediakan.  Mereka telah  mengabaikan  kepentingan  makanan  tempatan  yang
                boleh memberi mereka zat yang cukup dalam setiap hidangan. Oleh yang demikian, masyarakat
                perlu dapat membezakan antara kaca dengan permata. Makanan Barat tidak membawa apa-apa
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93