Page 87 - Titisan Pena 2020
P. 87
Pengambilan
makanan segera
Makanan segera bermaksud makanan yang telah siap diproses dan boleh disediakan
dalam tempoh waktu yang singkat. Makanan segera ini amat sinonim dalam kalangan
masyarakat kini terutamanya golongan kanak-kanak. Terdapat pelbagai rangkaian restoran
yang menjual makanan segera di negara kita seperti McDonald’s, Pizza Hut, Burger King dan
sebagainya. Namun, masih ramai yang meneruskan pengambilannya walaupun mereka tahu
bahawa pengambilan makanan ini secara berlebihan tidak digalakkan dan boleh mendatangkan Karya Guru & Murid
mudarat kepada diri sendiri. Persoalannya, apakah jenis bahaya terhadap kesihatan anak-anak
apabila mengambil makanan segera secara berlebihan?
Salah satu bahaya terhadap kesihatan anak-anak akibat pengambilan makanan segera
termasuklah menyebabkan masalah komplikasi kegemukan atau obesiti telah menjadi
sindrom baharu masyarakat kita pada hari ini. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat
menghadapi pelbagai penyakit yang berkaitan dengan peningkatan kolesterol dalam darah
apabila mengambil makanan segera yang berlebihan. Contohnya, penyakit jantung yang amat
berbahaya terhadap anak yang masih kecil. Hal ini telah mengakibatkan anak-anak menjadi 85
tidak aktif dan sukar untuk melakukan aktiviti sukan kerana badan sudah terlalu gemuk.
Tegasnya, masalah kegemukan yang melampau terjadi apabila kita mengambil makanan segera
yang berlebihan.
Jika dilihat dari aspek yang lain, pengambilan makanan segera dalam kadar yang
berlebihan akan merencatkan tumbesaran anak-anak. Hal ini disebabkan oleh makanan segera
tidak mempunyai nutrisi yang mencukupi untuk tumbesaran anak-anak seperti kalsium, vitamin,
dan nutrisi yang lain. Hal ini bermakna anak-anak yang kerap mengambil makanan segera
sebagai makanan seharian mereka tidak mempunyai kalsium yang amat penting untuk tubuh
badan anak-anak mereka kerana makanan segera tersebut tidak mengandungi nutrisi berzat.
Sebagai contoh, anak-anak memerlukan kadar nutrisi yang tinggi untuk tumbesaran, makanan
segera yang tidak mengandungi nutrisi tidak dapat memberi tenaga kepada anak-anak. Malah,
tenaga anak-anak akan menyusut. Kesannya, anak-anak yang gemar mengambil makanan
segera akan menjadi lebih rendah dan kecil berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya
dengannya. Mereka juga menjadi malas dan tidak aktif. Ibu bapa haruslah mengehad anak-
anak mengambil makanan segera dengan berlebihan agar kesihatan anak-anak terjamin kerana
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Realitinya, keburukan pengambilan
makanan segera secara berlebihan boleh menganggu tumbesaran anak-anak.
Jika diteliti dengan lebih mendalam, pengambilan makanan segera secara berlebihan
menyebabkan sistem imuniti seseorang menjadi lemah. Hal ini wujud akibat daripada makanan