Page 86 - Titisan Pena 2020
P. 86

Karya Guru & Murid  dibuktikan melalui lelaki warga asing selalu mengganggu anak-anak gadis mahupun wanita



                     tersebut  sudah bersuami.  Hal ini telah  mengundang kemarahan  dan juga mencetuskan
                     pergaduhan antara rakyat Malaysia dengan warga asing. Hal ini telah memberi kesan kepada
                     hubungan antara Malaysia dengan negara asal warga asing. sudah terang lagi bersuluh,
                     keharmonian antara rakyat semakin terjejas jika masalah kebanjiran pendatang asing tanpa
                     izin ke negara kita tidak diselesaikan dengan segera.


                            Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata bahawa terdapat banyak
                     implikasi negatif akan dibawa oleh kebanjiran warga asing yang tidak terkawal ke negara
                     ini. Semua pihak perlulah menggembleng tenaga seperti peribahasa ke bukit sama didaki,

     84              ke lurah sama dituruni untuk menyelesaikan  masalah ini. Pemimpin  negara  mereka
                     haruslah berganding bahu bagi menangani  masalah ini. Perbincangan  dua hala dengan
                     negara asal mereka dalam menangani masalah kebanjiran pendatang asing di negara kita
                     ini juga haruslah diadakan. Bukan itu sahaja, media massa seperti televisyen, radio, akhbar
                     dan media sosial hendaklah menghebahkan Kempen Boikot PATI secara efektif kerana mata
                     pena lebih tajam daripada mata pedang. Kendatipun begitu, kempen yang dijalankan ini tidak
                     boleh dijalankan  secara bermusim dan perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh  agar
                     tidak tersilap seperti melepaskan batuk di tangga. Semoga dengan usaha yang bersepadu
                     ini, masalah kebanjiran pendatang asing dapat diselesaikan dengan jayanya.







                                                                         Cheng Qian Ni
                                                                         6S Xiao
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91