Page 93 - Titisan Pena 2020
P. 93

siMFONi MERDEKa







                                          Mari kita dendangkan simfoni merdeka
                                              Lagu penuh rindu anak watan
                                        Anugerah seputih kapas makna kebebasan
                                            Kurnia Yang Berkuasa Maha Esa.

                                             Simfoni ini bukan muzik fantasia
                                  Melirik ilusi mimpi bercanda dengan imaginasi sendiri
                                             Simfoni ini dendang kasih cinta
                                          Lagu dan irama menyentuh sukma jiwa                                       Karya Guru & Murid
                                            Kepada tanah ibunda penuh daulat
                             Bangsa yang punya maruah tertegak pada namanya pengorbanan.

                                       Simfoni merdeka ini lagunya irama kesedaran
                                         Melodi yang berbicara tentang kesetiaan
                                          Melodi yang berbicara tentang harapan
                                           Melodi yang melirikkan pengorbanan
                               Melodi yang dendangnya kebebasan jiwa, fikiran dan perasaan
                                     Iramanya tegas pancasinar jati diri anak merdeka                              91
                                    Menghulur panggilan jauh mengapungkan ingatan
                                            Kita anak merdeka di tanah ibunda.

                                Ketika simfoni merdeka bernafas dalam bahang cinta waja
                                      Usah dikau menjerat kesetiaan dengan khianat
                                   Di sawang bungkam tidak mengerti makna ikrar janji
                                      Sedangkan ini tanah merdeka punya harga jiwa
                                         Dari sungai darah perajurit yang mengalir
                                         Dalam rentak irama penuh tegas berjuang
                                 Tanpa nisan terkubur hilang jasad di kancah pertempuran
                                               Hanya lembar kitab sejarah
                                           Bibit kisah tidak padam sekian lama.


                                                   Simfoni merdeka ini
                                             Sejernih iramanya penuh damai
                                         Memadam api pilu dari calar kehilangan
                                         Mengubat jiwa lara dengan penuh santun
                                        Membalut sedih tangis dengan cinta murni
                                                Dari kasih anak merdeka.
                                                                                       Encik Hafizie
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98