Page 67 - Titisan Pena 2019
P. 67
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar,
panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, dan rakan sekalian. Pada pagi yang mulia
ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Kepentingan Memelihara
Warisan Negara”.
Hadirin yang dihormati,
Terdapat banyak warisan negara yang ada dalam negara kita. Sebagai contoh,
A’Famosa, Stadium Merdeka. dan sebagainya. Oleh itu, kita mestilah mementingkan
pemeliharan warisan negara. Salah satu kepentingan memelihara warisan negara
termasuklah menjadi daya tarikan pelancong dari peringkat antarabangsa dan tempatan.
Hal ini disebabkan warisan negara mempunyai nilai sejarah yang dapat menambah ilmu
pengetahuan para pelancong. Contohnya, A’Famosa di Melaka,lukisan dinding di Pulau
Pinang, dan tempat tinggalan orang asli di Sabah dan Sarawak. Dengan ini,warisan negara
bukan sahaja dapat menanbahkan ilmu pengetahuan tetapi juga meningkatkan ekonomi
negara kita. Hal ini umpama serampang dua mata.
Selain itu warisan negara juga dapat memupuk semangat patriotik dalam jiwa
generasi pada masa ini.Hal ini demikan kerana kita dapat mengenang orang yang berkorban
demi negara.Oleh itu,kita tidak akan menjadi seorang manusia yang tidak menghargai
pengorbanan orang terdahulu. Dengan ini,negara kita dapat melahirkan generasi muda
yang cinta akan negara.
Di samping itu,nilai dan estetika juga berupaya dikekalkan.Hal ini demikian kerana
bangunan-bangunan lama mempunyai nilai seni daripada arkitek yang sangat tinggi.Oleh
itu,,wansan negara haruslah dipelihara.
Sidang dewan yang saya hormati,
Kucing berundur kerana rusa,saya berundur kerana masa.Nampaknya masa begitu
mencemburui saya. Saya berharap syarahan saya pada hari ini dapat memberitahu para
hadirin sedikit tentang kepentingan memelihara warisan negara.
Sekian,terima kasih.
Lim Zhong Yuan
(44)
JM3Ai
64
Karya Guru dan Murid 65