Page 66 - Titisan Pena 2019
P. 66

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar,
               panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, dan rakan sekalian. Pada pagi yang mulia

               ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Kepentingan Memelihara
               Warisan Negara”.

               Hadirin yang dihormati,

                      Terdapat  banyak warisan negara  yang ada  dalam negara  kita.  Sebagai contoh,
               A’Famosa,  Stadium Merdeka. dan  sebagainya. Oleh itu,  kita  mestilah  mementingkan
               pemeliharan warisan  negara. Salah  satu  kepentingan  memelihara warisan negara

               termasuklah menjadi daya tarikan pelancong dari peringkat antarabangsa dan tempatan.
               Hal ini disebabkan warisan negara mempunyai nilai sejarah yang dapat menambah ilmu
               pengetahuan para pelancong. Contohnya, A’Famosa di Melaka,lukisan dinding di Pulau
               Pinang, dan tempat tinggalan orang asli di Sabah dan Sarawak. Dengan ini,warisan negara
               bukan sahaja dapat menanbahkan ilmu pengetahuan tetapi juga meningkatkan ekonomi
               negara kita. Hal ini umpama serampang dua mata.


                           Selain  itu warisan  negara juga  dapat memupuk semangat  patriotik  dalam  jiwa
               generasi pada masa ini.Hal ini demikan kerana kita dapat mengenang orang yang berkorban
               demi negara.Oleh itu,kita tidak akan  menjadi  seorang  manusia yang tidak menghargai
               pengorbanan orang terdahulu. Dengan ini,negara  kita dapat  melahirkan generasi  muda
               yang cinta akan negara.

                           Di samping itu,nilai dan estetika juga berupaya dikekalkan.Hal ini demikian kerana

               bangunan-bangunan lama mempunyai nilai seni daripada arkitek yang sangat tinggi.Oleh
               itu,,wansan negara haruslah dipelihara.

               Sidang dewan yang saya hormati,

                            Kucing berundur kerana rusa,saya berundur kerana masa.Nampaknya masa begitu
               mencemburui saya. Saya berharap syarahan saya pada hari ini dapat memberitahu para

               hadirin sedikit tentang kepentingan memelihara warisan negara.

               Sekian,terima kasih.



               Lim Zhong Yuan

               (44)


               JM3Ai













                                                              64
                       64     Karya Guru dan Murid
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71