Page 22 - Titisan Pena 2019
P. 22
Kerk Zi Jun dari kelas 5A Zhong (2018) telah
mendapat keputusan cemerlang 11A dalam
peperiksaan SPM 2018 dan kini belajar di
Universiti Multimedia Melaka.
Penemu Duga (PD): Tahniah saya ucapkan kepada saudara atas keputusan
cemerlang dalam peperiksaan SPM. Pada perspektif saudara, apakah cara
yang paling pragmatik untuk merancang pelajaran saudara dan mengulang
kaji pelajaran?
ZJ: Pada pendapat saya, saya akan me merancang jadual masa dengan
mengutamakan mata pelajaran yang perlu dihafal. Selain itu, saya tidak akan
mengulang kaji semua mata pelajaran sekali gus tetapi satu demi satu. Jadi,
pentinglah bermula ulang kaji pada masa awal.
PD: Adakah keputusan SPM saudara mencapai matlamat saudara sendiri?
Selanjutnya, apakah harapan dan matlamat saudara untuk masa yang akan
datang?
ZJ: Tidak dapat dinafikan bahawa keputusan saya dalam peperiksaan SPM telah
melebihi jangkaan saya. Keputusan 11A tentu merupakan berkat kepada saya.
Sekarang, saya sudah melanjutkan pelajaran ke menara gading. Jadi, saya
berharap agar boleh mencapai markah purata yang tinggi dan kehidupan kolej
yang seimbang.
PD: Apakah perasaan saudara terhadap bahasa Melayu sebagai sebuah mata
pelajaran dan bahasa kebangsaan? Adakah bahasa Melayu memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan harian saudara.
ZJ: Tentulah, bahasa Melayu merupakan sebahagian daripada kehidupan rakyat
Malaysia yang asas dan penting. Bahasa Melayu juga berfungsi untuk
merapatkan hubungan antara rakyat secara keseluruhan. Oleh itu, bahasa
tersebut memainkan peranan yang sungguh signifikan.
PD: Baiklah, setakat itu sahaja untuk temu bual pada hari ini, terima kasih
saudara Zi Jie atas melapangkan masa untuk menjawab soalan kami.
ZJ: Sama-sama.
20 Karya Pertandingan
18