Page 21 - Titisan Pena 2019
P. 21

Lim Mei Yee dari kelas 6S XIAO telah  mendapat keputusan
                  yang cemerlang  11A dalam peperiksaan SPM 2018.

                  Tahniah saudari Mei Yee atas pencapaian cemerlang saudari
                  dalam peperiksaan SPM pada tahun lepas. Bolehkah saudari
                  berkongsi  pengalaman  saudari  dengan  pelajar  –  pelajar
                  lain ?



                  1.  Pada  pendapat  saudari,  apakah  cara  yang  terbaik  untuk
                  menguruskan  masa  dan  mengulang  kaji  pelajaran  dengan
                  lebin efisien ?

                  - Pada pendapat saya, cara yang terbaik adalah melakukan
                  banyak persediaan dalam ulang kaji . Sebagai contoh, saya
                  akan membuat  banyak latihan  soalan  tahun-tahun  lepas.
                  Selain itu, bagi meningkatkan mutu mata pelajaran Ebahasa
                  Inggeris, saya akan menggunakan perisian TEDTALK ketika mengulang kaji. Di samping
                  itu, saya menggunakan memori jangka pendek untuk membaca. Walaupun saya amat
                  sibuk dalam aktiviti kokurikulum, namun saya akan membuat jadual pembelajaran bagi
                  setiap hari.



                  2.Pada  pendapat  saudari,  adakah  saudari  telah  mencapai  matlamat  peribadi  dalam
                  peperiksaan SPM ? Apakah matlamat yang ingin dicapai pada masa akan datang ?

                  -  Pada  pendapat  saya,  saya  berasa  bangga  kerana  telah mencapai matlamat  saya
                  dalam  peperiksaan  SPM. Matlamat yang  saya  ingin  capai pada masa akan  datang
                  adalah melanjutkan pelajaran ke menara gading di Universiti Singapura kerana saya
                  ingin mendalami bidang psikologi.



                  3. Apakah perasaan saudari terhadap subjek Bahasa Melayu? Pada pendapat saudari,
                  adakah Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan?

                  -Saya  berasa Bahasa  Malaysia merupakan  subjek  yang sangat penting  dalam
                  kehidupan masyarakat.  Hal ini dikatakan  demikian  kerana  Bahasa Malaysia  dapat
                  mengajar para  murid untuk berkomunikasi  dengan  orang lain. Selain  itu, jika
                  seseorang selalu bercakap Bahasa Melayu dengan orang lain, dia juga dapat menulis
                  sebuah karangan  yang  baik  merangkumi tatabahasa yang  betul. Contohnya, saya
                  selalu berlatih untuk bercakap dalam Bahasa Melayu dan akhirnya saya mendapat A+
                  dalam SPM Bahasa Melayu.












                                                             17                Karya Pertandingan      19
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26