Page 63 - Titisan Pena 2020
P. 63

mara berkunjung ke majlis sambutan dan meraikn perayaan di bawah bumbung yang sama
            tanpa sebarang halangan  dan kekangan yang perlu dibimbangkan.  Dengan ini, semangat
            toleransi dan perpaduan antara kaum dapat dibina dalam kalangan generasi kini. Ingatlah
            bahawa kita semua anak Malaysia. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.


                    Di samping  berfungsi  sebagai  pengerat  silaturahim, aktiviti  rumah  terbuka  juga
            merupakan medan terbaik untuk kita membela  nasib golongan yang kurang berupaya.
            Semasa rumah terbuka dijalankan, masyarakat kurang bernasib baik berpeluang menikmati
            juadah enak yang berbagai-bagai mengikut kemahuan mereka. Perasaan kepuasan hati dapat
            kita rasai apabila melihat mereka yang selama ini dipinggirkan oleh masyarakat umum turut
            terlibat dalam kegembiraan sambutan perayaan ini. Sedangkan kita dicurahkan kasih sayang
            yang tidak ternilai harganya oleh ibu bapa tersayang, wajarlah kita sedar bahawa masih
            terdapat anak-anak yatim dan warga tua yang terabai di sekeliling kita. Ekoran daripada
            kesedaran itu, budaya rumah terbuka diamalkan supaya mereka berteman sewaktu musim
            perayaan. Dalam konteks ini, aktiviti rumah terbuka harus dianjurkan di dewan serbaguna
            supaya bilangan  tetamu,  termasuk penghuni rumah anak yatim  dan warga tua  di pusat
            penjagaan dapat diberbanyak. Apabila kita meraikan sambutan perayaan dan beramah mesra
            bersama dengan mereka, maka mereka tidak akan berasa kekok dan menganggap bahawa                        Karya Guru & Murid
            mereka adalah berlainan daripada kita.

                   Sudah terang lagi bersuluh, industri pelancongan merupakan sumber ekonomi penting
            negara kita selama ini. Hal ini dikatakan demikian kerana keunggulan budaya dan keenakan
            makanan  tradisional  Malaysia telah  berjaya  memikat  hati  para  pelancong  dari  seluruh
            pelosok dunia. Ada daripada mereka yang berkunjung ke Malaysia khas untuk menikmati
            juadah seperti nasi lemak, capati, nasi ayam, dan kuih lapis. Sehubungan dengan itu, pihak
            kerajaan khususnya Kementerian Kebudayaan Kesenian dan  Warisan dengan kerjasama
            kerajaan negeri berkenaan telah pun menganjurkan program rumah terbuka sebagai salah                   61
            satu aktiviti tahunan. Pelancong yang hadir dapat mengalami sendiri keharmonian pelbagai
            kaum dan kepelbagaian  budaya di negara  ini. Pengalaman  mereka  di Malaysia  sempena
            sambutan perayaan Hari Gawai, Tahun Baru Cina, dan juga Deepavali pasti sentiasa meniti
            dari bibir ke bibir sekembalinya mereka ke negara asal. Dengan berbuat demikian, barulah
            sektor pelancongan Malaysia dapat dirangsang ke arah kemajuan.

                   Dalam era ledakan teknologi ini, masyarakat kita semakin terdedah kepada dunia
            imaginasi  alatan 4G yang tidak  bersuhu dan tidak  memiliki  sebarang emosi. Akibatnya,
            interaksi sesama manusia kian kurang dan menyebabkan kenalan rapat kita hanya terhad
            kepada beberapa orang tertentu sahaja. Fenomena ini amat membimbangkan  kerana
            masyarakat tidak berminat untuk bergaul mesra dengan orang lain, bermakna bilangan
            kenalan kita kian kurang. Bagi membaik pulih keadaan ini, aktiviti rumah terbuka berperanan
            signifikan sebagai medan pertemuan yang menggalakkan para hadirin berbual-bual tanpa
            batasan kaum dan agama. Hanya dengan begitu sahajalah  dapat mereka  mencorakkan
            kehidupan sosial masing-masing. Tegasnya, kawan ataupun kenalan merupakan sebahagian
            daripada kehidupan kita, bak kata cendekiawan,” punya teman seribu orang masih kurang,
            punya satu musuh terlalu banyak.”
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68