Page 62 - Titisan Pena 2020
P. 62

rumah terbuka sentiasa menjadi acara utama bagi setiap masyarakat ketika
                  musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali,
                  dan krismas. bincangkan manfaat-manfaat penganjuran rumah terbuka kepada
                  masyarakat di malaysia.





                         Sepertimana yang diketahui umum, negara Malaysia memang terkenal dengan
                  keunikan budaya kepelbagaian  kaum yang tersendiri. Kita amat bertuah kerana
                  berpeluang untuk meraikan sambutan perayaan pelbagai etnik di Semenanjung Malaysia,
                  Sabah, dan Sarawak bersama-sama tanpa mengira warna kulit ataupun latar belakang
                  masing-masing. Lazimnya, amalan rumah terbuka sempena perayaan diadakan setiap
                  tahun dalam kalangan masyarakat. Pihak kerajaan telahpun memutuskan sebanyak
      Karya Guru & Murid  kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat di peringkat kebangsaan. Sambutan perayaan
                  enam sambutan sebagai perayaan utama negara, yakni perayaan yang disambut oleh


                  tidak lengkap pada pandangan ahli masyarakat tanpa penganjuran rumah terbuka.
                  Pendek kata, rumah terbuka, atau dikenali ramai sebagai ‘open house’, pada umunya
                  sudah menjadi lumrah sambutan perayaan di Malaysia.


                         Jelaslah bahawa budaya rumah terbuka merupakan amalan  mulia  yang banyak
                  mendatangkan impak positif memandangkan budaya ini bertahan sehingga kini tanpa ditelan
                  zaman dalam era modenisasi ini. Zaman beralih, musim bertukar. Dalam kesibukan masyarakat
                  mengejar arus transformasi ini, semangat kejiranan yang kukuh pada suatu masa dahulu dilihat
                  semakin luntur dan dipinggirkan oleh masyarakat terutamanya di kawasan bandar. Oleh itu,
     60           amalan rumah terbuka wajar disuburkan untuk merapatkan semula semangat kejiranan. Hal ini
                  dikatakan begitu kerana penganjuran rumah terbuka membolehkan jiran tetangga berkumpul
                  bersama-sama meraikan hari perayaan atau sambutan khas. Bukan itu sahaja, jiran sekeliling
                  berpeluang  menghulurkan  bantuan  kepada  keluarga yang menganjurkan  rumah terbuka  dan
                  merapatkan hubungan antara satu sama lain secara tidak langsung. Mereka juga dapat berkongsi
                  juadah atau masakan kegemaran apabila bekerjasama menyediakan hidangan seperti nasi lemak
                  dan roti canai. Tegasnya, budaya rumah terbuka dapat mewujudkan suasana harmoni dalam
                  sesuatu kawasan kejiranan. Hal ini penting kerana orang tua-tua pernah berkata, kalau anda
                  memberi sesuatu kepada jiranmu, bermakna memberi sesuatu kepada dirimu sendiri.

                         Jika ditinjau dari skop yang lebih luas, amalan rumah terbuka yang diadakan memainkan
                  peranan yang vital dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.
                  Dengan menjemput tetamu berlainan bangsa, agama dan status sosial, hadirin daripada semua
                  lapisan masyarakat diberi peluang untuk berbual mesra antara satu sama lain. Sebagai hasil
                  perbualan, kita dapat mengenali adat istiadat dan budaya kaum lain serta didedahkan kepada
                  pantang-larang mereka. Jelaslah bahawa rumah terbuka ini bukan sekadar program makan-


                          makan sahaja, sebaliknya wadah untuk membina persefahaman antara pelbagai kaum.
                  Matlamat rumah terbuka diadakan adalah untuk membolehkan jiran tetangga ataupun saudara-
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67