Page 43 - Titisan Pena 2020
P. 43
Saudara Tino,
Tahukan saudara? Kedua-dua
fabirk tersebut bukan sahaja menjadi
penyeri kepada keanggunan orang
Melayu, sebaliknya pakaian tersebut
mampu memupuk semagat patriotisme
dan cita rasa warga antarabangsa. Oleh
itu, komitmen kita memainkan peranan
penting dalam mempromosikan songket
kepada masyarakat antarabangsa.
Dengan minat saudara yang mendalam
untuk mempromosikan songket di
negara yang tersohor dengan haiwan
kolar itu sudah tentu kita akan berjaya
untuk menbuka lembaran baharu
kepada produk unik warisan bangsa
kita di seantero dunia. Bukan itu sahaja, saudara turut dapat berkunjung ke pameran yang akan
dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Pelbagai kempen akan
mempromosikan barangan yang berkaitan dengan kebudayaan Malaysia di Putrajaya. Jemputlah
rakan-rakan datang ke pameran tersebut kerana pameran ini julung-julung kali diadakan. Karya Guru & Murid
Secara tuntasnya, kita mestilah memperoleh fikiran yang positif supaya kita dapat
meningkatkan imej negara Malaysia di mata dunia. Oleh itu, semua lapisan masyarakat haruslah
mengamalkan slogan ‘Malaysia boleh’ bagai aur dengan tebing bagi memperkukuh keyakinan
kita. Sudah pasti slogan ini turut membantu kita untuk meraih kejayaan. Dengan minat saudara,
saudara boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang yang menghasil dan membekalkan
fabrik kedua-dua baju batik dan songket. Kilang itu beroperasi di Marang, Terengganu. Budaya
dan warisan bangsa tidak boleh dilupakan bagai kacang melupakan kulit. Janganlah kita hanya
melawati muzium, seperti kata papatah “biar mati anak, jangan mati adat”. Usaha rakyat
Malaysia untuk memelihara warisan budaya tidak boleh kita pandang enteng. Seandainya, semua 41
rakyat memelihara tradisional dan budaya Malaysia, nescaya Malaysia akan mencapai sasaran
yang digariskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, iaitu menjadikan Malaysia sebuah
negara yang terus membangun.
Setakat ini surat saya pada hari ini. Salam sejahtera saya ucapkan.
Yang benar,
Lim Ern
Lim Ern
4S Zhong