Page 42 - Titisan Pena 2020
P. 42

aspek corak, warna dan teksturnya yang amat mengagumkan. Songket pula terkenal daripada
                    sentuhan yang amat teliti dalam aspek kualiti dan mutu jahitan.




                    Saudara,

                          Rakyat Malaysia begitu berterima kasih dan menunjukkan kehormatan kepada isteri
                    Mantan Perdana Isteri Menteri Malaysia, Allayarhamah Datin Seri Endon Mahmood. Beliaulah
                    orang yang pertama untuk mencetuskan idea dengan memperkenalkan pemakaian batik dalam
                    majlis-majlis rasmi. Sebagai contoh, pada setiap hari Khamis, jabatan atau institusi kerajaan
                    mengumumkan  pemakaian  batik  dalam  upacara  perasmian  yang  sepatutnya  dipatuhi  oleh
                    semua kakitangan dengan tidak mengira kaum, bangsa, ras ataupun warna kulit. Di peringkat
                    sekolah dan pusatpusat pengajian juga, batik menjadi pakaian rasmi sama ada untuk majlis
                    perhimpunan ataupun majlis anugerah.

                                                   Dengan pelbagai fesyen, pakaian batik telah menjadi hal
                                            kebiasaan dan digayakan oleh perempuan atau lelaki  pada masa
                                            ini. Pakaian batik benar-benar melambangkan identiti kemalaysiaan
      Karya Guru & Murid                    khususnya perempuan suka memakai baju kurung moden dan baju
                                            yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bagi golongan dewasa pula,

                                            kebaya, kedua-duanya memang menyerlahkan keanggunan mereka.
                                            Dengan adunan pelbagai  corak dan warna dalam pelbagai  motif
                                            benar-benar menyerlahkan lagi kelembutan kepada si pemakai. Jadi,
                                            budaya pemakaian tradisional mestilah diteruskan. Oleh itu, pihak
                                            kerajaan  haruslah menggembleng  tenaga mengekalkan  budaya
                                            ini supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Namun
                                            begitu, remaja Melayu kini lebih menggemari pakaian mengikut ala-
                                            ala barat. Jelaslah, kita perlu menggalakkan pemakaian batik dalam
                                            kalangan remaja.

     40                   Kini, kita beralih  pula kepada pakaian
                    songket. Sama seperti batik, songket ini pun tidak
                    ketinggalan  zaman kerana masih terdapat  ramai
                    orang yang gemar  memakai  songket. Hal ini
                    dikatakan demikian kerana pakaian songket telah
                    mengalami  anjakan  paradigma  mengikut  aliran
                    masa dari aspek seni halusnya atau pemilihan
                    fabriknya. Walaupun songket tidak sesuai dipakai
                    dalam  kehidupan  seharian,  namun  pemintaan
                    terhadapnya  terus meningkat  selaras dengan
                    peningkatan  taraf  pendapatan  dan  kehidupan
                    individu secara umum. Pada hari ini, songket telah
                    menjadi kain samping sama ada oleh golongan dewasa atau golongan kanak-kanak. Suasana
                    sambutan perayaan dirasakan seperti tidak lengkap jikalau golongan lelaki sama ada tua atau
                    muda tidak memakai baju Melayu yang lengkap dengan sampingnya. Walaupun budaya kini
                    telah dicabar oleh pelbagai pengaruh sebagai akibat daripada aliran perubahan zaman, namun
                    budaya dan adat resam tetap berakar tunjang kepada budaya tempatan.
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47