Page 8 - Titisan Pena 2019
P. 8

Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa telah mengadakan satu
                       aktiviti yang penting, iaitu skuad bergerak CHKL sambutan ulang tahun ke-
                       100. Aktiviti ini julung-julung kali diadakan sebelum Tahun Baru Cina. Tujuan
                       aktiviti ini dianjurkan adalah sebagai tanda terima kasih kepada masyarakat
                       umum yang sentiasa memberikan sokongan yang penuh kepada pendidikan
                       bahasa Cina dan menggunakan peluang kali ini untuk memberitahu mereka

                       tentang aktiviti-aktiviti yang berlangsung sempena sambutan ulang tahun ke-
                       100 sekolah ini.

                             Aktiviti ini telah diadakan pada 26
                       Januari 2019 iaitu pada hari Sabtu.
                       Aktiviti tersebut dijalankan di beberapa
                       lokasi. Antaranya termasuklah Jalan Ipoh
                       Batu 3, Taman Kaya, Pasar Jinjang, dan

                       Pasar Kepong Baru. Pada hari itu, sebanyak
                       5,000 beg bertuah telah diagihkan kepada
                       penduduk di sekitar kawasan itu.

                             Pengetua sekolah, Puan Cheong Moey Lian turut melahirkan rasa
                       terima kasih dan bersyukur kepada semua pelajar serta guru kerana mereka
                       bekerjasama bagai aur dengan tebing supaya aktiviti ini dapat berjalan
                       dengan lancar.



























                                                                5
                        6     Memorabilia Chong Hwa
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13