Seni Persembahan Silat: - Seni
pertahanan diri orang-orang Melayu yang terkenal
sejak zaman dahulu.
- mempunyai pelbagai teknik yang dikenali sebagai 'jurus'
dan 'buah' untuk mempertahankan diri dan menyerang
musuh.
- jurus - jurus ini hampir sama dengan seni
pertahanan diri lain di dunia umpamanya karate dan
wusyu.
jurus - jurus yang dicipta untuk menyerang lebih
difokuskan kepada bahagian - bahagian kelemahan
musuh. Jurus tertentu boleh membawa maut
- jenis - jenis silat yang terkenal:
silat Gayung lazimnya digunakan untuk mempertahankan
diri
silat Gayung Pattani
silat Pulut
silat Cekak
silat Sembah digunakan sebagai seni persembahan
dalam majlis - majlis keramainan dan menyambut
tetamu
Dikir Barat
- kegiatan seni yang terkenal di negeri Kelantan.
Diadakan sewaktu majlis - majlis keramaian
terutamanya sewaktu pertandingan wau selepas musim
menuai.
- kegiatan ini dilakukan secara berkumpulan yang
diketuai oleh tukang karut dan juara. Mereka akan
menyampaikan lagu - lagu yang berteraskan sesuatu
isu tertentu misalnya perpaduan, isu - isu sosial
dan seumpamanya untuk tujuan menasihati atau
mengkritik masyarakat.
- gerak tari berkumpulan lazimnya bersimbolkan
elemen budaya masyarakat seperti menarik tali wau,
menarik pukat pukat, membanting padi dan seumpamanya.
Tarian Endang
- Tarian Endang merupakan tarian tradisi orang-orang
minangkabau dan daitarikan secara berkumpulan oleh
kaum wanita
- diadakan selepas musim menuai padi
- menggambarkan kerjasama antara anggota masyarakat
untuk menuai padi
- keseluruhan gerai tari endang menggambarkan
pergerasan proses menuai padi daripada proses menuai,
membanting dan menganginkan padi
Tarian Zapin Heinuman
- Merupakan salah satu daripada tarian Zapin Melayu.
- Tarian ini menerima pengaruh budaya Hindu daripada
cerita 'Ramayana'
- Gerak tari ini menggambarkan Hanuman bertarung
dengan musuh-musuhnya Wak Dogol, Wak Long
Pakaian Traditional Melayu
(1) Baju Melayu Teluk Belanga - dikenali juga
sebagai baju Melayu Johor. Dipakai dengan samping
songket atau samping pelekat pada bahagian dalam.
(2) Baju Melayu Cekak Musang - berleher tinggi
dengan butang pada bahagian leher. Cara pemakaian
sampingnya berbeza daripada baju Melayu Johor kerana
samping dipakai pada bahagian luar baju.
(3) Baju Kurung Pesak - Mempunyai persamaan dengan
baju Melayu Johor. Terdapat dua jenis baju kurung
pesak iaitu: Pesak Johor, bahagian kekek dan
pesaknya digunting, berasingan; dan Pesak Gantung (baju
kurung Pahang) bahagian pesak dan kekeknya tiada
diasingkan.
(4) Baju Kurung Kedah: baju kurung jenis pendek ini
biasanya dipadankan dengan kain batik sarung.
Terkenal dalam masyarakat negeri Kedah, menjadi
pilihan kerana selesa dan santai.
(5) Baju Batik : Baju Tulis merupakan batik yang
dilukis menggunakan berus. Batik tulis terkenal di
negeri Kelantan dan Terengaganu dilukis atas fabrik
sutera.
Permainan Tradisi
Pengenalan:
Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis
kebudayaan yang digarap daripada pelbagai
keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu
kebudayaan yang unik kerana hampir setiap
keturunan mempunyai adat sehingga membentuk
kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka
bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi,
di mana ikatan itu terus diperkukuh dan
dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga
hiburan. Lantaran resam yang demikian maka
banyak permainan tradisional yang
dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk
sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh
nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin
kesinambungan permainan tradisional pada masa
lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang
kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan
daripada individu ke individu tidak banyak
berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan
berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari
kecil lagi mereka membiasakan diri dengan
keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi
berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan
nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan.
Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan
mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah
digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.
Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah
kampung, penduduk kampung berdekatan turut
berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar
memberi semangat. Suasana pesta di padang
permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di
antara kampung-kampung yang mengambil bahagian.
Oleh yang demikian permainan tradisional juga
dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara
permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi
tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk
nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih
dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari
ini. Di antara permainan itu termasuklah guli,
congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan
lain-lain.
Galah Panjang -
Permainan tradisional yang dimainkan
diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja
dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi
sebagai pertunjukan di pesta-pesta
kebudayaan kadangkala dipertontonkan
untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Permainan ini tidak dimainkan secara
individu, tetapi dengan dua kumpulan.
Terdiri dari kumpulan penyerang dan
kumpulan bertahan. Setiap kumpulan
mempunyai pemain tidak kurang dari
seramai empat orang dan kebiasaannya
terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
Salah seorang dari ahli kumpulan itu
akan dilantik sebagai ketua dan lainnya
adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas
ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi
setiap penyerang yang masuk dan keluar
dari gelanggang, iaitu disepanjang
garisan permulaan, garisan tengah dan
garisan disekeliling gelanggang.
Manakala awak-awak hanya menjaga garisan
melintang di dalam gelanggang.
Sebelum permainan dimulakan undian
secara wan tu som dijalankan oleh
kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang
menang akan menjadi pasukan penyerang.
Penetapan pengiraan bertukar giliran
akan ditentukan terlebih dahulu, samada
hanya dengan cuitan ke badan pemain atau
dengan menangkap pemain.
Cara Bermain
Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua
pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua
pasukan bertahan di petak kepala gelanggang.
Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan
awak-awak boleh mula menyerang, samada
secara individu atau beramai-ramai.
Setiap pemain hendaklah melepasi semua
garisan hingga ke garisan belakang sekali
dan kembali semula hingga ke garisan hadapan
tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan.
Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan
bertahan maka pasukan itu dikira mati.
Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu
pasukan yang bertahan akan jadi pasukan
penyerang dan sebaliknya.
Peraturan Permainan
Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira
mati jika salah seorang dari mereka dicuit
oleh pemain pasukan bertahan.
Pemain pasukan penyerang tidak boleh
berundur kebelakang setelah melepasi garisan
gelanggang, ia dikira mati yang akan
menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.
Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat
pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.
Pasukan penyerang dikira menang jika salah
seorang dari pemainnya dapat melepasi
kesemua garisan hingga kembali ke garisan
permulaan. Satu mata diberikan kepada
pasukan ini dan permainan akan dijalankan
semula.
Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata
tertinggi akan dikira memenangi perlawan
tersebut.
Aci Sorok -
Dibeberapa tempat permainan ini
dinamakan juga sebagai main sorok-sorok.
Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat
mengemari permainan ini, ia amat mudah
dan jumlah pemain yang tidak terhad.
Lebih ramai yang bermain lebih
mendatangkan keseronokan dan bertambah
meriah lagi bagi mereka.
Jenis permainan luar rumah dan
memerlukan kawasan yang luas,
persekitaran rumah akan dijadikan
gelanggang. Sebatang pokok atau tiang
akan dijadikan ibu atau rumah iaitu
induk untuk pemain yang akan mencari
rakan mereka yang menyorok.
Undian
Sebelum permainan dijalankan, kesemua
pemain akan mencari seorang yang
dinamakan pencari. Undian secara lai lai
li tam plong dijalankan kepada semua
pemain.
Cara Bermain dan Peraturan
Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah
berdiri dengan menutup matanya di rumah
induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau
kurang bilangannya secara kuat. Setelah
selesai kiraan dibuat, pencari akan mula
mencari rakan pemain lain yang menyorok
disekitar kawasan yang telah ditetapkan.
Jika terdapat pemain yang menyorok diluar
kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi
dan akan mengambil peranan sebagi pencari
pula.
Sekiranya pencari telah menjumpai salah
seorang dari mereka, hendaklah disebut
dengan kuat namanya dan dituruti dengan
sebutan ibu. Dalam masa yang sama pencari
hendaklah berlari ke rumah induk serta
mencuit induk, dengan tujuan mematikan
pemain yang ditemui agar pemain itu tidak
boleh mencuit induk pula. Pencarian ini akan
dilakukan berterusan hingga kesemua pemain
yang menyorok ditemui.
Setelah seleasi kesemua pemain yang menyorok
ditemui dan tiada seorang pun yang dapat
membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah
induk, maka pemain yang mula-mula ditemui
itu akan jadi pencari pula.
Seandainya pemain yang ditemui itu sempat
mencuit terlebih dahulu dari pencari ke
rumah induk, maka pencari ini akan jadi
semula sebagai pencari dan permainan
dimulakan semula. Hal yang sedemikian juga
boleh terjadi sekiranya salah seorang dari
pemain mencuit rumah induk dengan
menjeritkan perkataan ibu, maka permainan
akan dimulakan semula dan pencari akan tetap
memegang peranannya.
Sepak
Bulu Ayam -
Permainan ini dikenali juga sebagai
sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh.
Dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak
lelaki seramai dua atau lebih. Jika
terdapat ramai yang bermain, kumpulan
dengan terdiri beberapa orang boleh
dibentuk.
Permainan ini adalah seperti permainan
sepak raga, tetapi bola yang digunakan
adalah dari bulu ayam yang telah
dibentuk seperti sejambak bunga.
Membuat Bola
Beberapa bahan asas diperlukan bagi
membuat bola bulu ayam ini. Beberapa
helai bulu ayam yang terdapat pada ekor
atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga
helai). Sebatang paku sederhana besar,
kepingan tiub tayar yang telah dibentuk
bulat berukuran antara 4sm. garispusat
dan getah skrap atau getah gelang
sebagai pengikat.
Beberapa keping getah tiub yang telah
dibentuk bulat hendaklah dicucok paku
menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai
bulu ayam sama panjang dilekatkan
disekeliling paku tadi dan diikat dengan
getah sekrap atau getah gelang dengan
kemas. Jika untuk mendapatkan kekemasan
bola tersebut sejenis gam yang kuat
boleh digunakan sebelum ikatan dibuat.
Cara Bermain
Sebelum permainan dimulakan undian
dijalankan terbelih dahulu bagi menentukan
giliran. Undian secara lai lai li tam plong
untuk semua pemain bagi menentukan siapa
yang perlu memulakan terlebih dahulu
mengikut gilirannya. Penentuan mata samada
jumlah timbangan terbanyak atau penetapan
jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui
terlebih dahulu.
Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam
tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki
(tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga
dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika
dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan
giliran pemain seterusnya mengambil alih
pula. Permainan juga dikira mati sekiranya
bola jatuh ketanah.
Mata dikira dengan cara, pemain mestilah
menimbang bola tanpa henti atau mati dengan
seberapa banyak timbangan yang dapat
dilakukan. Pemain yang mendapat mata
terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan
ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah
dikehendaki melambungkan bola kepada
pemenang, dan pemenang pula mestilah
menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya
pemenang gagal berbuat demikian maka denda
terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat.
Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa
kali, pemain yang memenangi disetiap
pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali
dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.
Sepak Raga -
Permainan sepak raga wujud sejak 600
tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, selain dimainkan oleh golongan
bangsawan, rakyat jelata juga menggemari
permainan ini. Dalam sejarah Melayu
menceritakan tentang Raja Muhammad,
putera Sultan Mansor Shah Muhammad
tertanggal tanjaknya akibat terkena bola
raga tendangan Tun Besar.
Bola sepak raga diperbuat daripada
bilah-bilah rotan yang dianyam bulat
seperti raga sebesar isi buah kelapa dua
atau tiga lapis.
Cara Bermain
Dalam permainan sepak raga, beberapa
pemain berdiri dan membentuk satu
bulatan. Permainan ini dimulakan dengan
salah seorang pemain melambung bola
kepada rakannya dengan tangan. Rakannya
itu akan menimang bola itu dengan
kakinya sekali atau beberapa kali,
sebelum menendangnya ke arah pemain
lain. Pemain-pemain yang membentuk
lingkungan atau bulatan itu mestilah
bergilir-giliran menimang bola itu dan
mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.
Jika bola itu jatuh, permainan dalam
pusingan tersebut ditamatkan.
Menimang Bola
Permainan ini memerlukan ketangkasan dan
kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk
mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain
ialah memantapkan kemahiran menerima
hantaran bola raga dan menimangnya dengan
selesa selama yang mungkin. Jangka masa
permainan tidak ditentukan kecuali dalam
pertandingan yang lazimnya dianjurkan
sebagai acara berpasukan. Pasukan yang
berjaya membuat timangan paling banyak dalam
suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.
Pada masa ini sepak raga tiada lagi
dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama
kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan
dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring,
seperti dalam permainan badminton. Pasukan
sepak takraw terdiri daripada tiga pemain.
Tekong melakukan sepak mula dan mengawal
bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan
apit kanan mengawal bahagian hadapan
gelanggang dan memikul tugas utama mematikan
bola di gelanggang lawan.
Dam
Harimau - Merupakan jenis permainan
Anjung. Tujuan permainan ialah untuk
mengumpul dan giliran menapak akhir.
Bilangan pemain ialah seorang sepasukan.
Alatan yang digunakan di dalam permainan ini
ialah Papan congkak dan cakak. Gelanggangnya
adalah sebuah papan congkak yang mengandungi
sekampong 5, 7, 8 atau 9; Rumah Anak serta 1
Rumah Ibu. Tiap Rumah Anak diisi cakak.
Dam
Harimau
Teng Teng
Permainan ini juga dikenali sebagai
Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering
memainkan permainan ini daripada
kanak-kanak lelaki. Ini mungkin
disebabkan permainan yang tidak begitu
lasak serta memerlukan tenaga yang
banyak dan ianya memerlukan pemerhatian
di gelanggang yang agak kecil sahaja.
Di kampong-kampong gelanggang di buat
dengan mengoreskan garisan di atas tanah
sahaja, tetapi lain keadaannya pula
dengan kanak-kanak yang berada di
kawasan taman perumahan atau dikawasan
pekan yang tiada halaman bertanah.
Mereka akan menggunakan kapur tulis
tepung atau apa sahaja yang dapat
dilukiskan di atas jalan bertar.
Teng teng dimainkan oleh sekumpulan
kanak-kanak terdiri dari dua hingga
empat orang setiap gelanggang, tiada
peraturan tetap dengan jumlah pemain
bagi setiap gelanggang. Sekiranya
melebihi dari empat pemain dalam satu
gelanggang, ianya akan mendatangkan
kesukaran bagi setiap pemain untuk
berteng teng.
Gelanggang & Gundu
Gelanggang teng teng hanya dilukiskan
petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat
sembilan petak-petak kosong bagi satu
gelanggang. Permainan dijalankan mengikut
urutan seperti rajah di bawah.
Selain daripada gelanggang, gundu adalah
juga sebagai perkakasan penting yang
dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah
objek berbentuk leper sebesar separuh tapak
tangan yang diperbuat daripada apa sahaja,
seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau
batu yang leper.
Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para
pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di
petak-petak gelangang.
Cara Bermain
Sebelum permainan dimulakan, undian
dijalankan bagi menentukan pemain yang
mana harus memulakan permainan terlebih
dahulu. Lai lai li tam plong adalah
kaedah bagi menentukan pemain pertama,
kedua, ketiga dan seterusnya.
Bagi memulakan permainan, pemain
hendaklah mencampakkan gundu ke dalam
petak pertama dengan cara membelakangkan
petak, begitu juga jika pemain telah
berjaya melepasi pusingan pertama, kedua
dan seterusnya cara mencampakkan gundu
adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke
dalam petak yang ditentukan atau
terkeluar ia di anggap mati dan hilang
giliran. Pemain lain mengambil giliran
pula.
Pemain dikehendaki melompat kedalam
kesemua petak dengan sebelah kaki,
kecuali di petak sembilan dengan kedua
belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru
sahaja memulakan permainan dimana gundu
berada di petak pertama, maka pemain
hendaklah melompat terus ke petak ketiga,
tanpa memijak di petak kedua. Begitu
juga dengan lompatan disetiap petak,
seandainya pemain terpijak garisan ia
dianggap mati dan giliran pemain lain
mengambil alih permainan.
Setelah pemain melompat kembali ke
garisan permulaan, setibanya di petak
kedua dan keempat, pemain hendaklah
memijak dengan kaki kanan di petak kedua
dan kaki kiri di petak keempat. Setelah
itu pemain dikehendaki melompat ke petak
ketiga pula dengan hanya sebelah kaki
dan seterusnya gundu hendaklah dikutip
di petak pertama lalu melompat ke petak
pertama dan terus ke garisan penamat.
Setiap pemain tidak dibenarkan memijak
petak dimana gundu berada di dalamnya,
samada kepunyaan sendiri atau pihak
lawan, jika ini berlaku ia dikira mati,
giliran pemain seterusnya mengambil alih
permainan.
Membina Rumah
Sebelum pemain membina rumah, acara
timbang hendaklah dilakukan terlebih
dahulu. Gundu hendaklah diletakkan di
atas kepala dan melompat kedalam setiap
petak dengan sebelah kaki kecuali petak
kesembilan. Pemain hendaklah melepasi
petak ketujuh tanpa melompat kedalamnya
dan terus ke petak lima. Sambil berdiri
menghadap di garisan permulaan petak
ketujuh, pemain dikehendaki menundukkan
kepala menjatuhkan gundu. Gundu
hendaklah disambut sebelum jatuh ke
tanah, jika pemain tidak dapat
menyambutnya ia dikira mati dan acara
timbang dilakukan semula setelah
giliranya sampai kemudian. Pemain terus
melompat ke petak pertama dan keluar
dari garisan permulaan.
Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan
berdiri membelakangkan kesemua petak di
garisan permulaan dan mencampakkan ke
dalam mana-mana petak gelanggang dan
disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya
gundu jatuh terkena gaisan atau
terkeluar maka ia dikira mati. Setiap
pemain hendaklah memijak dengan kedua
belah kaki di petak rumah dan pemain
lain tidak dibenarkan berbuat demikian.
Sekiranya pemain lain memijaknya atau
tuan rumah lupa memijak dengan kedua
belah kakinya ia dikira mati.
Wau -
Teraju tiga sememangnya sinonim dengan
wau, juga dikenali sebagai layang-layang
di negeri-negeri sebelah pantai barat
semenanjung. Sebagai permainan masa
lapang bagi kalangan rakyat biasa dan
golongan istana. Sejak zaman-berzaman
sekitar kurun kelima belas, wau telah
dimainkan oleh orang Melayu. Mereka
telah mempercayai ada kaitan di antara
semangat angin dan langit.
Jenis Wau
Wau bulan
Berbagai jenis dan bentuk wau telah
dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak,
wau bayan, wau merak, wau kucing, wau
jala budi, wau lenggang kebayan, wau
sewah, wau barat dan yang sangat
digemari oleh orang Melayu ialah wau
bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat
pada kebiasaannya adalah menghiasi
kebanyakan wau yang dihasilkan dengan
berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu
sehingga kini masih mengekalkan tradisi
pembuatan wau yang menarik, selain
dijadikan untuk permainan ianya juga
sebagai hasil kraftangan dan hiasan
dinding.
Membuat Wau
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan
memakan masa, dari kerja-kerja meraut
buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang
stabilkan kepak sehingga melekatkan
kertas pada rangka wau tersebut
mengambil masa dua minggu untuk siap.
Rangka buluh tulang belakang wau lebih
besar daripada kepaknya, kemudian diikat
dengan menggunakan benang mengikut
bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan
ditampal dengan tiga lapis kertas nipis
dan lutsinar dengan berlainan warna.
Lapisan pertama menggunakan kertas
berkilat, lapisan kedua menggunakan
warna yang berbeza dan bercorak awan
larat iaitu bercorak pucuk rebung atau
bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada
lapisan ketiga pula corak berlainan yang
telah ditebuk ditampalkan.
Di bahagian kepala atau muncungnya serta
dihujung kiri dan kanan kepak, akan
dihiasi dengan rambu-rambu halus yang
berwarna warni menambah cantik lagi
rupanya. Busul akan diregangkan di
bahagian belakang tengkuk wau, agar
ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila
diterbangkan diudara. Busul diperbuat
dari daun rembia atau mengkuang yang
telah direndam dan dilurut lalu
dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti
alat memanah. Tali teraju diikatkan di
antara bahu kepak dan tulang belakang
sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau -
Teraju Tiga.
Wau Bulan
Wau Kucing
Wau Payung
Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan
oleh dua orang, iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi dipanggil
juru anjung yang memegang tali. Apabila
angin bertiup maka tali akan ditarik
melawan arus angin dengan cara menghulur
dan menarik talinya sehinggalah wau
tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya
matahari akan menambah cantik lagi wau
yang dihias berwarna-warni.
Di masa kini walaupun wau masih mendapat
tempat dikalangan masyarakat Melayu
tetapi layang-layang juga tidak
kurangnya telah mendapat perhatian oleh
masyarakat tempatan dan juga
antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak
layang-layang telah dicipta, ada
layang-layang yang berbentuk orang,
kapal berangkai dan ada yang dimainkan
dengan menggunakan dua utas tali.
Kebanyakkan pertunjukan wau dan
layang-layang masih mendapat tempat di
Malaysia, terutama ketika hari-hari
sambutan perayaan atau pertandingan wau
antarabangsa.
Congkak -
Congkak sejenis permainan tradisional
Melayu yang menggunakan papan kayu
berlubang atau lubang di atas tanah dan
buahnya daripada biji congkak, biji
getah, biji guli dan lain-lain. Di utara
semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.
Permainan ini telah wujud sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi
tidak pasti asalnya, samada pengaruh
luar telah datang bersama pedagang atau
sememangnya telah dicipta oleh orang
Melayu ketika itu.
Peralatan yang digunakan untuk bermain
congkak biasanya diperbuat daripada batang
pokok kayu besar yang diukir seperti perahu.
Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala
pelbagai haiwan seperti burung manakala
dibahagian badan papan diukir dengan
pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm.
garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas
permukaan papan tersebut. Sekiranya
permainan congkak di tanah, lubang digali
dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya
tangan tidak kotor terkena tanah.
Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua
barisan selari antara satu sama lain yang
disebut kampung. Pada penghujung kampung
terdapat sebuah lubang besar dan dalam
dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa
terdapat pada papan congkak ialah lima,
tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung
ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap
papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua
pemain serentak mencapai buah di kampung
masing-masing dan memasukkan buah satu demi
satu di dalam lubang kampung dengan
pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke
rumah dan kampung lawan.
Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir
pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong
di kawasan sendiri atau lawan dan pemain
hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh
atau mati di kampung sendiri. Pemain itu
boleh menembak kampung lawan yang setentang
dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah
(jika ada) di dalam kampung tersebut.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan
permainan hingga buahnya mati. Sekiranya
buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri,
pemain boleh meneruskan permainan dengan
mengambil buah yang masih banyak di
mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah
terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan,
maka permainan itu mati di situ sahaja dan
pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.
Setelah tamat pusingan pertama, setiap
pemain mengisi semula kampung dengan buah
congkak dan jika ada kampung yang tidak
cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung
ini tidak boleh diisi apabila bermain pada
pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya
hingga pihak lawan mengaku kalah.
Gasing -
Gasing popular di Semenanjung terutama
di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan
seni permainan ini, bagi kanak-kanak
lebih gemar dengan gasing Melayu dan
Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah
dipermainkan.
Jenis-jenis Gasing
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia
termasuk gasing jantung, gasing piring
atau leper, gasing kelamar, gasing telur,
gasing berembang, gasing Melayu, gasing
Cina, gasing buku benang dan gasing
pinang.
Membuat Gasing
Kayu yang paling sesuai dari spesis
merbau, seperti merbau tanduk, merbau
darah, merbau johol dan merbau keradah,
ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah
serpih. Selain itu kayu leban tanduk,
limau, bakau, koran, sepan, penaga,
keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu
yang mudah didapati seperti manggis,
jambu batu, ciku atau asam jawa sering
digunakan untuk membuat gasing.
Kayu tersebut dilarik menggunakan alat
pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing
yang telah ditetapkan. Sebelum kerja
melarik dimulakan besi paksi dibenamkan
ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan
dari segi bulatnya dapat dilakukan
ketika melarik.
Setelah gasing disiapkan maka
kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti
melilitkan timah pada kepak gasing tadi
agar menambah berat lagi gasing itu
hingga seberat lima kilogram dan juga
tak mudah serpih. Untuk menambah indah
rupa parasnya maka tanduk kerbau
dipasangkan dibahagian kepala gasing
serta dikilatkan dengan varnis. Ini
terdapat pada gasing leper atau untuk
gasing uri sahaja.
Cara Bermain
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu
sebagai gasing pangkah atau gasing uri.
Gasing pangkah, dimainkan dengan
melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan.
Gasing uri dipertandingkan untuk menguji
ketahanannya berpusing.
Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak.
Buah pinang muda dikupaskan sabut dan
kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan
bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi
buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta
pemegang gasing itu. Gasing ini boleh
dilagakan atau diurikan.
Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75
cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan
pada jambulnya hingga meliputi seluruh
permukaan gasing. Kemudian gasing itu
dilemparkan ke atas tanah dan serentak
dengan itu tali yang melilit jambuhnya
direnggut.
Pertandingan Gasing
Pertandingan gasing uri berbeza dengan
gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat
individual, manakala gasing pangkah bersifat
kumpulan.
Gasing Uri
Dua orang pembantu diperlukan dalam
pertandingan gasing uri; seorang memegang
cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok
diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper
seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang.
Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi
berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45
cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan
logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat
permainan atau arena gasing dipanggil bong.
Bong berbentuk bulat, bergaris pusat
kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas
tanah yang keras.
Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong
(juru) cokok ke atas lopok yang telah
dicacakkan di atas tanah. Gasing yang
berpusing paling lama dikira pemenang
pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya
berpusing lebih daripada satu jam.
Gasing Pangkah
Gasing jenis ini pula dimainkan secara
berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada
dua hingga lima orang. Untuk menentukan
pasukan menanti dan pasukan memangkah,
peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing
yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil
bahagian.
Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing
menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan
dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan
gasing mereka ke tengah-tengah bong.
Kemudian pasukan memangkah pula memangkah
gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan
memangkah mesti mengetuk salah satu gasing
pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada
memecahkan gasing lawan ataupun
sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan
pergerakannya supaya cepat berhenti
berpusing.
Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan
mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan,
gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan
dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam
pentandingan gasing uri. Jika salah satu
gasing pihak menanti berpusing lebih lama,
pihak itu tidak diberi markah tetapi
ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang
memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti
pula.
Guli -
Permainan guli ialah melontarkan guli
dengan tepat mengenai sasarannya. Ia
biasanya dimainkan oleh kanak-kanak
lelaki berumur antara tujuh dan dua
belas tahun. Jumlah pemain tidak
melebihi lima orang.
Kawasan tanah rata dan lapang adalah
gelanggang yang sesuai untuk tempat
bermain guli. Biji guli yang digunakan
untuk permainan ini adalah jenis guli
yang diperbuat daripada batu kapur,
berwarna putih dan sebesar ibu jari
kaki.
Gelanggang
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah
berukuran garispusat 1m. Ditengah-tengah
bulatan tersebut dilekukkan sebuah
lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam
7sm. dengan menggunakan tumit kaki yang
dihentakkan ketanah. Lubang tersebut
dinamakan lubang induk. Satu garisan
lurus dibina dengan jarak 3m. daripada
garisan besar tersebut. Garisan ini
adalah sebagai penanda mula tempat
permainan.
Cara Bermain
Untuk memulakan permainan setiap pemain
hendaklah meleretkan biji guli masuk ke
dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam
lubang induk atau yang terhampir adalah
dikira sebagai pemain yang pertama memulakan
permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua
hampir dan seterusnya.
Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada
semua guli yang berada di dalam kawasan
bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan
tidak mengena ia dikira mati dan pemain
kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli
yang ada, begitulah seterusnya sehingga
semua pemain selesai membuat jentikan ke
atas guli pemain lainnya.
Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi
dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli
miliknya ke dalam lubang induk terlebih
dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya
sentiasa berada berhampiran dengan lubang
induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini
memudahkan mereka mengawal permainan.
Setiap pertukaran giliran kepada pemain
berikutnya, pemain yang mengambil alih
giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya
ke dalam lubang induk terlebih dahulu
sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya
guli tidak masuk ke dalam lubang induk,
giliran untuk pemain lain diberikan.
Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah
jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga
semua pemain selesai giliran.
Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap
pemain yang memungut jumlah mata terendah.
Pemain yang kalah akan memasukkan guli
miliknya kedalam lubang induk dan semua
pemain akan memangkah guli tersebut. Cara
kedua adalah dengan setiap pemain menjentik
sekali seorang ke atas guli yang kalah itu
jauh dari kawasan bulatan.
Jala Itik -
Permainan ini bertujuan menentukan
pasukan mana yang mempunyai bilangan
ahli paling ramai. Tiada sebarang alatan
diperlukan, cuma sebuah lagu yang
menarik dinyanyikan untuk mengiringi
setiap langkah permainan.
Cara Bermain
Dua orang dipilih menjadi ketua,
kebiasaanya bertubuh besar dan
menggunakan nama samaran yang hanya
diketahui oleh mereka berdua sahaja.
Kedua-dua ketua ini akan berhadapan
antara satu sama lain dengan memegang
tangan masing-masing yang diangkat
keatas, bagi memudahkan para ahlinya
melintasi dibawahnya. Semasa ini sebuah
nyanyian dialunkan 'Jan-jan jala Jala
itik jala ayam. Berapa lubang kancil?
Seratus lima puluh. Singgah Cik Dayang
singgah. Makan sirih mulut merah."
Sebaik sahaja lagu itu selesai
dinyanyikan, ketua-ketua itu akan
menangkap pemain terakhir yang sedang
melintas.
Menentukan Pemain
Setelah itu, pemain yang ditangkap tadi
dibawa ke tempat lain oleh ketua-ketua itu
untuk disoal. Kemudian mereka menyebut nama
samaran yang telah ditetapkan sebelum
permainan. Pemain yang ditangkap itu
dikehendaki memilih salah satu nama tersebut.
Pemain-pemain tadi dikehendaki berdiri di
belakang ketua yang mana namanya dipilih
oleh ahli tadi dengan merahsiakan nama
pilihannya kepada ahli yang lain. Kemudian
permainan dimulakan semula seperti awal tadi,
sehinggalah semua pemain selesai memilih
ketua masing-masing.
Pertukaran Pemain
Jika ada kumpulan mempunyai jumlah ahli yang
lebih ramai daripada kumpulan yang satu lagi,
rayuan boleh dibuat untuk pertukaran ahli
bagi mengimbangkan jumlah ahli setiap
pasukan. Bagaimanapun, pertukaran hanya
boleh dibuat setelah persetujuan di antara
kedua-dua belah pihak dicapai. Jika tidak
mahu membuat pertukaran, permainan akan
tamat di situ dan ketua itu dikira menang,
kerana mempunyai ahli yang paling ramai.
Menentukan Pemenang
Sebaliknya jika ini terjadi, satu perlumbaan
dilakukan. Untuk itu, satu garisan dibuat
bagi membolehkan kedua-dua pasukan beradu
kekuatan. Kedua-dua ketua pasukan berdiri
sama jauh dari garisan dan tangan mereka
berpaut antara satu sama lain. Pemain-pemain
lain beratur di belakang ketua masing-masing
sambil memegang pinggang. Kedua-dua ketua
pasukan berusaha menarik antara satu sama
lain supaya melangkah garisan itu, dengan
ahli lain membantu, seperti tarik tali. Jika
pasukan yang kurang ahlinya itu berjaya
menarik pasukan lawan melintasi garisan itu,
pasukannya dianggap menang. Maka dia boleh
meminta sejumlah pemain yang dikehendakinya
untuk mengimbangi pasukannya dengan pasukan
yang satu lagi itu. Sebaliknya, jika
pasukannya gagal berbuat demikian, maka dia
dianggap kalah.
Konda-kondi -
Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik
Mata memerlukan fikiran yang tajam dan
kekuatan pemain, iaitu ketika memikir
arah yang selamat untuk menguis kayu dan
mengejar kayu yang dikuis untuk
mematikan pihak lawan. Permainan ini
memerlukan kawasan lapang.
Peralatan yang diperlukan adalah terdiri
daripada dua batang kayu kecil berukuran,
l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang
kayu ini berbentuk bulat dan berukuran
2cm garis pusat. Kayu yang pendek
dipanggil anak dan yang panjang
dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga
dikorek bagi meletakkan kayu panjang.
Undian secara 'wan to som' dijalankan
bagi membentuk pasukan dan menetapkan
pasukan mana yang harus memainkan
terlebih dahulu.
Permainan Pertama
Pemain pertama memulakan permainan
dengan meletakkan kayu pendek melintang
lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis
kayu pendek itu supaya melambung ke udara,
setelah itu kayu panjang diletakkan semula
melintang lubang sementara itu, ahli pasukan
lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek
yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke
tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat
demikian, semua pemain daripada kumpulan
yang sedang bermain itu dikira mati.
Permainan akan diambil alih pula oleh
pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan
gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah
membalingkan kayu pendek masuk ke dalam
lubang ataupun mengena kayu panjang.
Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau
pun terkena kayu panjang yang diletakkan
melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang
dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang
dibaling oleh pemain lawan itu tidak
mengenai lubang atau kayu panjang itu,
pemain tersebut boleh mendapatkan mata
dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari
lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu
mata.
Permainan Kedua
Pemain tadi akan mengambil kayu pendek
dan melambungkan ke udara, kemudian
memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia
diberi peluang sebanyak tiga kali jika
pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.
Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut
jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh
mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata
yang diperoleh dicampur dengan mata daripada
langkah pertama tadi.
Permainan Ketiga
Seterusnya, pemain beralih kepada
langkah ketiga yang dipanggil patuk ular.
Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi
lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek
itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat
dengan baik, kayu pendek akan melentik ke
udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk
memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke
tanah, dengan menggunakan kayu panjang.
Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata,
iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu
panjang, kiraan mata tetap sama seperti
sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata
tertinggi memenangi perlawanan ini.